Tuesday, February 09, 2010

DOA


Saya ingin berkongsi pengalaman kecil yang saya lalui beberapa minggu lalu tentang kekuatan doa.

Saya sekarang sedang dalam 2 bahagian jauh lagi nak tiba ke akhirnya 'bench work' yang sangat mencabar. Bermain dengan tikus, bakteria dan juga analisis kompaun.
Ada satu bahagian yang memerlukan saya mencari berat molekul polimer yang saya gunakan. Ada 3 semuanya. Saya perlu mencipta metodologi yang sesuai kerana tidak terdapat dalam kajian literatur kaedah yang bersesuaian dengan polimer yang saya gunakan. Saya telah memulakan kerja ini dari bulan Disember 2009. Ianya mudah-kata penyelia saya. Saya mencuba dan mencuba lagi namun hasilnya hampa. Peralatan tersebut- gel permeation chromatography (GPC) system memerlukan saya untuk 'membersihkan' tubing system yang sangat kecil diameternya dengan melalukan air yang perlu dituras dan dinyah gas serta partikel secara berterusan selama 24 jam. Apabila disuntik sampel ke dalam sistem, chromatogram yang terhasil tidak cantik langsung-jauh sekali untuk mendapatkan berat molekul yang diingini. Proses 'membersihkan' tubing perlu dilakukan semula. Ini berterusan selama lebih sebulan sehingga membuatkan saya benar-benar tertekan. Kerja lain bertimpa-timpa tertangguh kerana bahagian yang 'kecil dan mudah' bak kata penyelia saya tidak dapat saya selesaikan. Saya berdoa namun ianya adalah doa yang umu.

Akhirnya pada hari Jumaat yang lepas, saya benar-benar tertekan sehingga menangis di hadapan GPC tersebut. Saya nekad untuk menyediakan sampel untuk dianalisis oleh sistem tersebut walaupun sudah terasa penat-penyediaan sampel juga mengambil masa lebih 3 jam. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya menelefon emak saya yang berada di rumah kakak saya di Kota Bharu. Saya menangis-nangis menceritakan tentang eksperimen saya yang tidak kunjung beroleh keputusan yang saya ingini. Saya tahu emak saya tidak faham apa yang saya cuba sampaikan akan tetapi emak saya berkata, " takpe, nanti mak doakan."

Tiba sahaja di rumah, selesai solat maghrib, saya telah menunaikan solat hajat dan berdoa-doa yang khusus. Saya benar-benar rasa lemah dan tidak berdaya ketika itu. Doa yang menyebut alatan, bahan kimia dan segalanya tentang eksperimen tersebut. Hanya air mata yang menitis laju kerana merasakan saya sudah tiada daya untuk mengulangi eksperimen tersebut. Ianya sukar......sukar sekali.....sehingga tidur malam saya juga termimpi perkara yang sama. Sabtu dan ahad saya langsung tidak menjenguk sebarang kerja melibatkan pengajian saya-notebook saya juga terbiar sepi. Sebaliknya saya menghadiri majlis perjumpaan kelas orkid SRK KGV yang berlangsung di rumah salah seorang sahabat saya di Sungai Besi.

Semalam, hari Isnin, saya pergi ke makmal tersebut yang terletak di tingkat 7 (makmal saya di tingkat 1) dengan harapan yang tidak berapa subur. Saya melihat ada 'peak' yang agak ketara akan tetapi saya perlu bantuan Puan Jay untuk analisis-Puan Jay dan Shima telah melakukan eksperimen ini untuk polimer mereka yang juga memakan masa agak lama. Saya cetak 'peak' berkenaan-ada 24 kesemuanya. Apabila ditunjukkan pada Puan Jay untuk bantuan pakar, beliau memberitahu saya, "jadilah ni kak...ada trend ni...nanti saya ajar akak nak kira berat molekulnya."

Saya sangat terkejut dan terus sujud syukur. Allah Maha Pengasih...Allah Maha Mengetahui...tiada daya bagi saya sebagai hamba melainkan dengan izinnya. Apabila memikirkan perkara ini, saya malu dengan Yang Maha Penguasa segalanya. Errmm...doa dan kebergantungan dengan Allah adalah merangkumi segalanya. Moga jalan berliku pengajian PhD saya ini akan tiba ke penghujungnya sebelum hujung tahun 2010. Ameennnn.....

7 comments:

.: atirah :. on Tuesday, February 9, 2010 at 8:40:00 PM GMT+8 said...

Good Luck, Puan Am~

ingat saya lg?? last batch student diploma kat Shah Alam dulu~ :)

saya ingat nak ambil Masters kat UiTM... ada chance x agak2?? hehehe... skrg saya tgh nak habiskan degree kat Univ. gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia...

~albazrah~ on Wednesday, February 10, 2010 at 2:52:00 AM GMT+8 said...

Kak Epel, all the best. Insya Allah... najahh..ameen.

Kurma on Wednesday, February 10, 2010 at 9:46:00 AM GMT+8 said...

Caiyuk Am!...
Tetiba aku teringat novel Doa Untuk Aku - Bahruddin Bekri PTS hehe..
Yela.. kadang2 kita terlupa mintak pada Yang Mengawal segala-galanya...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Wednesday, February 10, 2010 at 2:28:00 PM GMT+8 said...

Am..kita selalu set dalam minda kita, itu ini dan rancang macam2 tapi kita lupa berdoa.
all the best, insya-ALLAH segalanya akan berjalan lancar..AMEEN.

Nor Ramli on Wednesday, February 10, 2010 at 9:43:00 PM GMT+8 said...

atirah: ye, saya kenal :) boleh je jika syarat dipenuhi. Saya pun tak pasti syaratnya skrg. U can check with postgraduate office ye.
Albazrah: Terima kasih.
Rin: Terima kasih juga..
Kak Yati: Itulah..hamba yang lalailah am ni..terima kasih atas doa..

umeboshi on Wednesday, February 17, 2010 at 3:16:00 PM GMT+8 said...

Am...semoga berjaya...kuatkan semangat, tambahkan usaha, tabahkan hati, tingkatkan iman, doa & tawakkal pada NYA.

Noor Shahida bt Ajmi on Tuesday, February 23, 2010 at 10:39:00 PM GMT+8 said...

salam akak...semoga Allah permudahkan kerja akak..aminn..:)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino