Thursday, October 29, 2009

Wahid Malizia...


Setiap pagi saya memandu ke tempat kerja dan adatlah untuk berjumpa dengan telatah pemandu yang pelbagai. Pagi ini, seperti lazimnya juga, di hadapan Klang Sentral, kenderaan beratur panjang untuk laluan ke Klang dan Setia Alam. Apabila sudah panjang barisan, akan adalah 'pemandu bengap' yang tidak mahu beratur tetapi mahu sampai dahulu. Pemandu-pemandu bengap ini memang melambangkan konsep wahid Malizia yang dicanagkan pemimpin...

Monday, October 26, 2009

Qaseh Nur Qalesya


Qaseh Nur Qalesya dilahirkan secara pembedahan pada pagi semalam, jam 10.50. Owhh...bukan anak saya...tetapi anak saudara saya, ini majlis walimah ibu dan ayahnya...Setakat ini, hipothesis anak lelaki keluarga kami memperolehi anak perempuan masih benar, sekurang-kurangnya untuk ke 3 orang anak perempuan angah dan juga anak sulung adik bongsu...

Wednesday, October 07, 2009

Wajah-wajah


Musim Syawal kali ini, saya hanya sempat berkunjung ke beberapa rumah sahabat dan saudara-mara selain menghadiri perjumpaan semula sahabat warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja saya dahulu. Ianya memenatkan tetapi membahagiakan dan juga mengeratkan silaturrahim. Lihatlah gambar-gambar yang banyak ini. Minggu ini dan seterusnya...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino