Friday, August 21, 2009

Ramadhan Mubarak!! Ramadhan Kareem!!


Salam Ramadhan buat semua. Semoga kita mendapat keampunan, keberkatan dan rahmat dalam melalui bulan ujian ini. Semoga dengan melaluinya kita akan dapat meningkatkan keimanan kita padaNya. Mohon maaf atas segala salah dan silap. Saya juga memaafkan semua kesalahan andainya a...

Apa yang saya mahu..Apa yang dia mahu


Saya banyak bercerita tentang pengalaman suka, duka, gembira dan derita saya ketika di zaman kanak-kanak dan awal remaja. Saya selalu menumpukan penceritaan kepada keluarga kerana saya tidak mempunyai kawan yang sangat rapat atau kawan baik. Apapun perhubungan saya dengan kawan-kawan mempunyai batasan. Ini berlaku di zaman remaja saya. Mungkin atas rasa rendah diri dengan keadaan fizikal dan juga keluarga membuatkan saya menelan...

Wednesday, August 19, 2009

Cat


Ahad lepas suami mengajak saya pulang ke rumah mak. Sampai di rumah mak kelihatan Along dan Abanglong sedang gigih mengecat rumah. Itulah yang saya selalu kagumi Along dan Abanglong...apa sahaja yang mak inginkan akan mereka cuba penuhi. Bukannya senang kerja mengecat rumah yg luas permukaan untuk dicat adalah besar. Saya juga tidak ketinggalan...

Friday, August 14, 2009

Setahun masa berlalu...


Alhamdulillah. Genaplah setahun kami berpindah ke rumah AP. Masa berlalu begitu pantas. Teringat pepatah arab yang lebih kurang maksudnya. Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. Setahun sudah berlalu. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk rumah tetapi kami mengambil pendekatan...sedikit-sedikit lama-lama...

Wednesday, August 12, 2009

Pelanggan


Semasa saya masih di sekolah rendah dan menengah, tugasan tetap saya selain ke sekolah adalah sebagai pembantu mak di gerai nasi lemak. Ketika itu, saya merasakannya sebagai satu beban dan sesuatu yang memalukan kerana diejek di sekolah. Kadangkala, apabila bas awam melalui kawasan hadapan rumah saya dan saya menjaga gerai, saya akan buat-buat tunduk untuk mengelakkan penumpang lain melihat saya. Saya juga selalu merasakan betapa...

Saturday, August 08, 2009

TIGA PULUH DUA


Syukur Alhamdulillah.Semoga hari-hari mendatang lebih bermakna seiring dengan kedewasaan ini di samping suami, mak dan keluarga tercinta.Ya Allah..Terlalu banyak nikmat yang diberikan buat hamba yang kerdil dan tidak berdaya ini.Permudahkanlah perjalanan ini sehingga titik hentinya.Moga hidup ini diberkati dan di kurniakan rahmat dan keampunan.Golongkan hambaMu ini dalam golongan hambaMu yang bersyukur, beriman, berilmu dan beramal...

Thursday, August 06, 2009

Anak perempuan


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas semua doa untuk kesembuhan mak saya yang tidak berapa sihat tempoh hari. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana mak diberikan kesihatan yang lebih baik. Sebelum mak kurang sihat itu, mak sudah merancang untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Melihatkan keadaan mak seminggu...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino