Saturday, May 09, 2009

Kafarah


Saya demam hampir 2 minggu. Mula-mula tonsil saya bengkak dan saya amat risau. Maklumlah pada awal pengajian saya dahulu saya pernah dimasukkan ke wad kerana tonsil bengkak dan bernanah sehingga menyebabkan suhu badan saya tidak mahu turun dan saya sudah dehidrasi sehingga mengalami delusi. Saya ke DEMC dan mendapatkan rawatan dengan segera. Antibiotik diberikan dan saya terpaksa melengkapkan dos kerana kahak sudah berwarna kuning dan ada tompokan darah. Lengkap dos penuh antibiotik, saya agak sihat dan sempat pulang ke KT bersama suami semasa cuti hari buruh yg lalu. 3 hari lepas, suhu badan saya meningkat semula, hidung kembali tersumbat dan tekak sakit semula. Mahu tidak mahu, tengahari Khamis saya pergi semula ke DEMC untuk rawatan susulan. Badan saya habis sakit-sakit dan suhu badan tak kunjung turun. Rupanya tonsil saya sudah surut bengkaknya tetapi rongga hidung saya yang menyambung ke tekak pula bengkak dan menyebabkan suhu badan saya naik. Doktor kata demam viral kerana kahak dan hingus tidak bertukar kuning hijau. Saya minta vitamin C dan juga Clarinase (kalau ikutkan saya mahu piriton kerana saya tidak boleh tidur malam dan siangnya juga tidak boleh lelap). Pulang dari DEMC kepala makin berdenyut dan sah, saya demam semula. Jumaat pagi, saya hantar pesanan ringkas ke sifu mohon cuti sehari. Sifu kata, bagus juga rehatkan badan sekali-sekala. Seharian kerja saya pada hari Jumaat adalah tidur, bangun, mandi, makan, solat dan tidur lagi. Hari ini badan sudah ringan sedikit. Demam sudah kebah barangkali kerana petang tadi saya sudah siap mengemas dapur dan ruang tamu serta menyapu sampah satu rumah. Berpeluh-peluh badan dibuatnya. Moga saya tidak demam lagi. Banyak sungguh kerja di makmal yang perlu saya langsaikan. Tempoh sudah tinggal sedikit.....
Ya Allah..bantulah hambamu ini dan ampunkan dosa-dosaku.

3 comments:

umeboshi on Monday, May 11, 2009 at 3:41:00 PM GMT+8 said...

Am,
moga sembuh dgn segera.sihat ceria! take care ek.

murnie sangat on Wednesday, May 13, 2009 at 1:23:00 PM GMT+8 said...

sabar ye akak, dugaan nih..nak jd dr kne byk dugaan hehe insyaallah...

Haizamz on Friday, May 15, 2009 at 8:23:00 PM GMT+8 said...

Salam,

Saye juga seperti puan. Bile cuace tak menentu [biasrnyer panas], kerja yang tersangat banyak menyebabkan saye miudah terkene' ulser'. Badan sakit-sakit, lemah dan jika ke klinik...sah2 2 hari dapat MC.Tapi bile ke sekolah hari ketiganyer...deman baru mula dan srmakin kuat.

Sabar dan bayakkan berehat. Insyaalllah.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino