Saya tidak pandai berenang. Itu adalah hakikatnya yang nyata. Kini, saya ingin merubah hakikat itu untuk menjadikan saya pandai berenang. Ianya tidak begitu mudah tambahan pula kesedaran untuk belajar hanya muncul saat ini, ketika saya berumur 32 tahun. Walaubagaimanapun, saya akan tetap mencuba dan akan pergi ke kolam renang untuk aktiviti ini.
Berada di dalam air tanpa sebarang objek untuk tempat bergantung di tangan membuatkan saya ketakutan. Saya tahu, saya perlu mengatasi rasa takut tersebut. Perlu meyakinkan diri untuk mengatasi ketakutan tanpa tempat bergantung tersebut..dengan ilmu renang.
Lama saya berfikir sambil terapung di dalam air (masih dengan papan apung di tangan)...beginilah agaknya keadaan hamba Allah yang cuba mencari keyakinan untuk dilambung ombak kehidupan setelah biasa bergantung mungkin dengan ibu dan ayah atau keluarga lain...atau suami...hmm.....ianya menginsafkan saya. Keyakinan perlu dipupuk...ia akan segera datang apabila ada bantuan serta tunjuk ajar dari yang lebih berilmu. Satu sahaja soalan saya kepada seseorang yang kelihatan mengajar ramai anak muridnya telah membuatkan saya tahu bagaimana untuk berdiri kembali setelah terapung. Hampir 3 jam saya terapung-apung tanpa mampu berdiri semula tanpa bantuan objek di tangan, ianya diselesaikan dengan hanya satu soalan dan dijawab dengan ikhlas oleh yang berilmu. Dalam masa kurang 5 minit saya sudah mengatasi kejahilan saya. Sesuailah dengan bidalan melayu...malu bertanya sesat jalan. Semoga saya mampu berenang dengan selamat selepas ini. Tidak juga saya mahu lemas dalam kehidupan sebagai hamba Allah yang lemah...
4 comments:
wah belajar berenang ker ni?? bestnyer.... sy pun tak reti berenang...tingin nak belajar juga
Bukan ada gurunya pun. Ikut adik-adik kat makmal yang sangat aktif beriadah. Sekurang-kurangnya bergerak juga otot [lemak-lemak]yang dah lama duduk diam.Hihihi
nak berenang gak la uwaaaaa bestnyerrrrrrrrrrr hehehe
dulu jaguh renang laut china selatan kategori pinggir pantai ..air kat buku lali kaki huhu....
sekarang tak leh dah la..kalau berenang bleh tenggelam terus sebab separuh kerajaan lain..separuh lagi kerajaan lain..hahahah ( cam kiasan politik lak huhuhu )
tapi nak nasihat ni tau epel hehehe halangan utama yang bleh buat orang tu jadi gagal atau lain..sebab takut.
musuh utama renang adalah takut.
oleh itu...jadilah berani wahai epel.. (berani ngan ilmu + keyakinan)
Salam Pn Epal,
Saya seorang OKU.Saya sangat takut untuk memandu kereta walaupun yakin boleh berbuat demikian.Tetapi keadaan makin mendesak untuk saya tidak bergantung kepada isteri untuk membawa saya kemana-mana.Jika tidak keberatan, saya berhajat besar untuk berkenalan dengan suami Puan yang saya tahu melalui blog ini juga OKU tetapi hebat memandu.Saya ingin menceduk keyakinan dan pengalaman darinya.Moga-moga saya berkeyakinan untuk memandu di jalanraya.
Jika sudi,titipkanlah ke emel saya: adybrisbane@gmail.com
salam
Post a Comment