Thursday, November 29, 2007

Saya adalah rumput yang hijau...atau sehijau rumput?


You Are Grass Green

Down to earth and a bit of a hippie, you are very into nature and the outdoors.
You accept the world and people as they are. You don't try to change things.
You are also very comfortable with yourself, flaws and all.
Optimistic about the future, you feel like life is always getting better.

Boston Creme Donut...


You Are a Boston Creme Donut

You have a tough exterior. No one wants to mess with you.
But on the inside, you're a total pushover and completely soft.
You're a traditionalist, and you don't change easily.
You're likely to eat the same doughnut every morning, and pout if it's sold out.

The Drama Called Life...


Sifu always have motivational article to share with 10 of us...hari ni nak jadi rajin sikit dan menaip article tersebut untuk dikongsi bersama...
Life is a drama in which each one of us plays our own starring role. But in the drama of our own lives, we do more than simply act-we actually write the script. Unlike a play which must lead to a predetermined conclusion, the outcomes of our lives are in our own hands.
Some people believe that our lives are determined by destiny at birth. I disagree. I believe that our destiny can be altered by raising our minds and our way of thinking.( Please refer to Quranic verses saying that-tidak akan berubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya)
Instead of fightung our destiny, we should shape our minds to write our own script for the starring role we wish to play. The sooner we do, the sooner we can start living every moment of every day to its fullest by taking control of our own lives.
Opportunities await us at every corner of life. If we are striving for a chance, we can seize them. But unless we have a clear mission and purpose in mind, we will miss even the most obvious and extraordinary prospects.
In the drama of life, there is a HUGE difference between those who have written themselves a starring role and those who idle through life without aim.
-(Author)-

Wednesday, November 28, 2007

Budi Pada Tanah


Mak mempunyai hobi menanam tumbuhan. Kalau tengok halaman depan dan tanah di belakang rumah, penuh dengan tumbuhan menghijau. Lepas arwah apak meninggal, mak makin menyibukkan diri dengan menanam segala macam jenis tanaman. Pisang ni pisang 40 hari/susu yang mak tanam dengan along...suburnya..sihat dan bulatkan...hihihi...sedap sangat...kami semua excited dengan pisang nih...






Orkid...ni hobi baru mak sebab dipengaruhi kawan baik mak yang duduk selang sebuah rumah dari rumah kami. Mak tanam pokok ni sebab cuba-cuba je..kawan mak yang 'paksa' mak tanam orkid ni...tengok-tengok..mak punya orkid berbunga dulu dari orkid kawan mak...kawan mak tarik muka masam...jeles katanya...mak..mak...






Buah naga..ada posting tentang kebun pokok naga mak di dlm blog ni jugak..tak sampai setahun hasil dah mula dituai. Mak seronok sangat menjenguk kebunnya yang ada 35 batang pokok naga. Dibalut rapi setiap buah yang masih kecil supaya tak di'robek' serangga...rasa buah ni manis...dan kat pokok sekarang ni ada lebih 10 biji yang menanti masa untuk dituai...





Jemput...makan buah naga yang manis dan segar ni..baru je petik buahnya dari pokok tadi :)



Mak with her friends during her 64th birhday last November. Beria makcik-makcik ni datang raikan hari ulangtahun kelahiran mak...Mereka nilah kawan-kawan mak ke surau, ke kenduri kawen, ke kenduri orang nak pergi haji dan segala jenis kenduri...Mak...Mak... :)
Mak sunyi...moga mak beroleh kebahagiaan dan ketenangan dengan aktiviti berbudi pada tanah. As her daughter, it's not possible for me to be with her every seconds not even every weekends..my duaa for my beloved mak..May Allah grants her happiness in her journey of life...I love u so much mak...

Tuesday, November 27, 2007

Lagenda Parit Puteri Menangis...


Tajuk tu saja je...buat gempak..hikhikhikhik...

Walimatul urus labmate aku, Puan J dan suaminya yang juga rakan sepejabat aku, Encik Rozi telah selamat berlangsung pada 18 November 2007 di Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian Johor. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri Johor. Menarik tempatnya...sangat menarik dan kerepeknya sedap. Hihihihi....


Nilah pasangan pengantinnya...ehhh...bukan...ni gosip terbaru di lab kami. hihihi...jangan marah ye adik2 berdua....sporting diorang ni. Manalah tahu..masin mulut kami semuakan...ke Peraklah pulak kita ye...
Semua ahli pharm tech research lab ke Johor kecuali Cik Zab yang akan melangsungkan pertunangan hujung bulan ni..dia balik Kedah, buat kuih..hihihi...Ironinya...Sifu ke India dari Jumaat sampai khamis depannya..hihih...so plan2 kalau keletihan bulelah 'ponteng'...tp kami semua semangat waja...Isninnya semua org ada kat lab macam biasa....
Nasik, lauk-pauk dan kuih muih serta kerepek dan tak lupa juga layanan yang diberikan memang superb. Ayam kampung lagi tu...kami semua makan dengan penuh semangat dan takde malu-malu langsung..mintak tambah lauk, nasik air, kek, kerepek...huhuhu...jauh gak perjalanan..lebih kurang 3 jam...perut pun lapar je...

Nilah pengantinnya (Sebelum dan selepas make over...) Actually mereka ni dah bernikah
Puan Jay ni student PhD pertama sifu kami di lab ni...Tak lama dah tu nak abes..


Ni pelaminnya...simple and sweet...


Aku dah lama tak tengok adat tol2 kat pelamin ni. Sebabnya aku dah lama tak gi kenduri kawen yang aku akan betul-betul tunggu pengantin dan lepak lama-lama. Selalunya pergi, salam kaut, makan, salam, balik. Enjoy sungguh rasanya. Nilah anak-anak dara yang duduk depan pelamin. Aku pun mcm nak join tapi bila fikir lagi sekali...ehhh...aku ni dah mak dara...hihihihi...

Main ba ba cak plak mak andam nih..toll gate girls kat depan tu sengeh2 dan sebenarnya diorang tu tak tahu nak buat apa...hahahah..sudah ku jangkakan....
Pakcik tu bagi envelop isik duit kat mak andam..seb baik lepas (of courselah...takkan mak andam nak dok bersanding ngan Puan Jay kan...aku pun takmo tengok..hahahah)


Akhirnya this sweet couple bersanding berdua...yang gambar bawah ni kami menyebuk sama. Ramai tu...kak Fida pun ada...ngan anak comei dia...



Makcik bertudung oren ni sangat sporting...beria dia posing..Mak sedara Puan Jay rasanya...yg bertudung biru dan ijau kat belakang tu...ermm...SANGATLAH enterprem korang berduakan....Selamat berbahagia adinda berdua. Moga Allah melimpahkan rahmat buat kalian berdua dan bahagia sehingga ke akhirnya...Ameen...

Penghargaan yang tak terhingga buat hubby yang sudi drive sampai johor dan balik ke shah alam hari yang sama...
Terima kasih juga buat Keshi sekeluarga yang sudi menerima kami wp hanya sempat singgah tak sampai sejam di kediaman mereka yang besar dan sempurna itu.

Friday, November 23, 2007

Hikhikhikhik....


Notis pemberitahuan:
Saya, epel, sedang dalam mood nak ubahsuai template...
Saya, epel, sedang cuba belajar bahasa HTML yang memang saya tak pernah pandai...
Saya, epel, dah penat...
Nanti sambung edit ek...hihihihi...

p/s: sorry, chatbox terhilang sempena 'kepandaian' baru mengubahsuai saiz segala ni...sila tinggalkan jejak di ruangan comments secara manual

pp/s: saya, epel sedang melepaskan tension dengan bebanan kerja yang banyak selepas discussion dengan sv ptg tadi...rasa mcm nak kongsi dengan kakak Zlaa yang di Notts nun...Kak!! Help!!

ppp/s: Maaf kepada semua pengunjung sebab lama tak update..thanks utk semua komen....
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino