Tuesday, April 03, 2007

PGM the movie..bukan PGL the movie ye!!


Kisah ni aku pun aku pernah hantar ke mailing list dulu..saja je..tension dengan ISO audit esok. Macam-macam sgt nak kena siapkan..pastu sangkut sbb tetiba je aku kena pegang file prosedur kerja org lain. Hampas betul...melampau le tu...takpe..aku siapkan je sume dokumen ni ..esok waktu audit aku kurung diri kat lab aku...muahahahahahaha...jahatnye!!! Cerita di bawah adalah kisah benar dan aku gunakan ganti nama saya=> very d skema.. hihihi

Teringat pengalaman attachment di wad psikiatri di Jalan Perak,
Penang.
Masa tu saya pelajar tahun akhir sarjana muda jurusan sains farmasi
di USM, dalam tahun 2000. Kebetulan pula, nak melangkah je masuk ke
tahun akhir saya ditimpa ujian, kena jalani pembedahan. Bukannya
serius pun, sebab appendicytis je, jadi kenalah dilakukan
appendisectomy. Bila mula attachment tu saya masih lemah sebab baru
2 minggu lepas pembedahan.

Kami ni pun pergilah ke Wad Psikiatri Jalan Perak. Ada 2 bangunan,
belah kiri, wad lelaki dan belah kanan, wad perempuan. Kami memang
akan ke wad perempuan sebabnya lebih kepada keselamatan. Pesakit
yang ada gangguan mental (selepas ini saya akan singkatkan pada PGM)
yang perempuan lebih seronok bila ada doktor/kakitangan/pelajar mcm
kami ni yang lelaki. Sebab student farmasi masa tu ada 100 orang
tapi lelaki ada 16 orang je, so kami dihantar ke wad perempuan.
Sesampainya di sana, kami disuruh masuk ke bilik tutorial yang
disediakan dan seorang demi seorang diberikan case file yang perlu
kami teliti dan sediakan laporan untuk penilaian.

Saya dah tak ingat nama PGM yang saya dapat kesnya tapi saya ingat
masalah PGM tersebut.

Dia dapat masalah mental pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun.
Gangguan bermula apabila dia ditinggalkan tunangnya dan sejak itu
dia ada kecenderungan membunuh diri. PGM yang saya teliti casenya
ni, dia akan memperhatikan setiap objek yang ada disekelilingnya dan
akan diubahsuai dengan imaginasinya untuk dijadikan alat/cara untuk
mencederakan dirinya.

Semasa dirumah sebelum dihantar ke wad
psikiatri tersebut, dia pernah mengerat rambutnya dengan parang
sabit rumput. Rambut pesakit ni memang panjang tapi dah jadi macam
dipotong 'layer style' dari kanan ke kiri. Kukunya dibela panjang
sebab dia rasa kuku tu pun boleh digunakan untuk cederakan diri dia
nanti. Kuku saya yang sederhana panjang pun dia belek-belek dengan
penuh minat, dia tanya saya
"kuku ni kalau cucuk kat pipi mesti boleh kluaq darah.."
Saya waktu tu sebenarnya takut dan risau tapi sebab nak siapkan
laporan terus juga duduk dengan PGM tersebut dan menemubual beliau.
PGM ni juga sangat gemar duduk di depan pantry yang digunakan
jururawat.
Saya tanyakan juga,"kenapa suka dok depan ni?"
Jawabnya, "sebab dalam tu ada pisau, tajam, buleh buat macam-macam,
senang kerja nanti."
Telan air liur saya dengan jawapan PGM tersebut.
Kebetulan saya sematkan pin tudung di kiri dan kanan tudung untuk
elakkan tudung tu berubah kedudukan. Pin tu pun dia usap-usap penuh
perasaan. Katanya lagi, "Pin ni panjang dak? Nak try tengok boleh
sampai mana kalau cucuk kat dada ni,"
Uwaaaa!!! Mak!! Tolong anakmu ini. Heheheh..tapi tu dalam hati je,
kat luar kontrol macho aaa...
Di belakang wad tersebut ada rumah flat yang bumbungnya boleh
dilihat dari tempat saya bawa dia berbual (sepanjang 3 hari saya di
sana, saya bawa PGM ni berbual di beberapa tempat berlainan untuk
melihat respond PGM ni). Sepanjang perbualan itu juga, matanya tak
lepas memandang bumbung rumah flat tersebut.
Akhirnya dia kata pada saya, "kalau dapat panjat bumbung tu mesti
seronok."
Saya tanyalah dia, "kenapa?"
PGM ni jawab, " kalau panjat, bule terjun, kalau terjun, paling-
paling pun pecah kepala tu."
Saya terdiam terkedu.

Sepanjang berbual dengan PGM ni, dia takkan jawab soalan yang tiada
kaitan dengan topik objek untuk mencederakan diri atau subjek
tunangnya. PGM ni bagitau saya tunangnya datang menziarah setiap
hari tapi bila saya semak senarai pelawatnya, yang pernah datang
hanyalah ibu dan bapanya sahaja itu pun 2,3 kali sahaja sejak
dimasukkan ke wad tersebut 5 bulan sebelum itu.

Sebelum balik selepas hari ketiga berakhir dan saya telah dapat
segala maklumat berkenaan sejarah pesakit, maklumat semasa pesakit
dan juga ubat-ubatan yang di ambil pesakit, PGM yang saya jadikan
bahan kes ni tiba-tiba menangis kuat dan berlari menuju ke arah saya
yang masa tu sedang berjalan menuju ke pintu pagar untuk keluar.
Dia menjerit sambil menangis,"adik, adik janganlah balik...kalau
adik balik kak nak ikut."
Saya terkedu dan jururawat segera datang meleraikan pegangan PGM ni
pada hujung lab coat yang saya pakai.

Di dalam bas yang menuju pulang ke kampus di Minden, kawan-kawan
saya sibuk mentertawakan saya, mereka kata saya ni memang muka yang
PGM suka dan berkenan.
Walaupun zahirnya saya ketawa bersama mereka, tetapi emosi saya
sangat terganggu. Saya sedih. Betapa lemahnya kita sebagai manusia.
Tanpa akal fikiran yang waras, apalah bezanya kita dengan hidupan
lain di alam ini? Bersyukurlah kita semua kerana masih Allah
kurniakan akal fikiran yang waras dan terkawal walaupun tekanan
sentiasa ada.

2 comments:

Red Mummy on Tuesday, April 3, 2007 at 2:25:00 PM GMT+8 said...

kalo pi lagi

ajak akak leh?

i like to get to know this kind of ppl as well.

Nor Ramli on Wednesday, April 4, 2007 at 2:21:00 PM GMT+8 said...

kak red!! epel gi dulu sana masa undergrad..that was 7 years back kot. Good to know patients with various sickness and diseases. Make us think deep and be thankful for wat we hv

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino