Tuesday, April 03, 2007

Aku dan Motor....


Aku dah penah hantar kisah ni ke group yahoo dulu. Tetiba teringat...aku koreklah balik dan tepeklah kat sini...

Kisah motor mengingatkan aku zaman aku belajar undergrad di USM Penang dulu.
Almaklumlah, student, untuk memudahkan pergerakan sebab waktu tu aku agak aktif dengan aktiviti akademik dan bukan akademik. Pujuk mak, mak kata, tak adil kalau
dia belikan untuk aku sedangkan adik-beradik yang lain dia tak belikan. Lagipun
kami bukan orang berada. Akhirnya, aku beli motor dengan duit simpanan dan
sedikit bantuan dari kakak-kakak and abang. Mak pun cip in sikit. Motor tu honda
C70. Plet pendataftaran PDF 7601. Tulah kenderaan berenjin pertama aku miliki
dengan harga RM1700. Yelah, masa kecik-kecik dulu ada dah kenderaan tapi tak
berenjin le. Beskal namanya..hihihihi.

Aku ada pembonceng tetap dan separa tetap. Yelah, ada juga kawan-kawan yang
takde kenderaan sendiri dan kena naik bas USM. Ada satu peristiwa yang bila aku
ingat balik mesti aku akan tersenyum sendiri. Kisahnya begini...

Dalam kampus USM dahulu kala tak perlu pakai helmet apabila menunggang
motorsikal tetapi arahan pemakaian dikuatkuasakan selepas beberapa kemalangan
maut berlaku dalam kampus. Jika tidak silapku, masa aku di Matrikulasi tahun
kedua penguatkuasaan ni berlaku. Lagi satu, aku cuma ada Lesen L sehinggalah di
tahun ketiga pengajian. Tu pun sambungan dari lesen L yang digunakan untuk ambil
lesen kereta pada tahun 1995. Lama tu. Tapi dahulu dan sekarang sistem untuk
mengambil lesen kenderaan dah berubah. Sekarang lebih leceh dan mahal
belanjanya.

Berbalik pada kisah tadi. Masa di semester ke empat, waktu tu aku masih belum
ada lesen penuh untuk motor lagi. So adalah terlekat tanda L di depan dan
belakang motor ku tu. Hari selasa pagi, kami ada kelas di dewan kuliah X (DK X)
sehingga pukul 9.30 pagi dan 10 minit selepas itu kami ada kelas di Pusat Bahasa
yang letaknya hampir 3 km dari DK x tu. Dalah laluannya berbukit bukau. Jadinya,
yang bermotor kurang bermasalah tetapi bagi yang berjalan kaki memang ada
masalah dan selalunya mereka akan lambat sampai kerana menunggu bas atau
berjalan kaki. Seorang kawan ku, FAR,kebetulan hari tu sakit kaki,
so dia nak tumpang aku, dan aku takde helmet lebih
dahlah tu, lesen L yang terpampang tu. Dalam hati berkata, kalau ada pak guard
buat road block ni, habislah. Tapi sebab kesian punya pasal, tumpangkan juga
sebab kawan-kawan lain semua dah ada pembonceng.
Aku kata pada dia, " FAR, kalau ada road block, ko terjun jelah dari motor ni
ek.." FAR cuma ketawa. Yelah, bukannya selalu pak guard buat road block pun.

Aku pun memecut laju ke hala Pusat Bahasa. hihihi..macam lawak, apalah sangat
pecutan yang Honda cup macam motor aku tu bule buat, ye tak. Tiba di
persimpangan nak naik bukit di depan dewan bahasa, tiba-tiba kuar dua orang pak
guard yang sedang nak tahan sebuah motor di depan aku.

"Allah, FAR!!" aku terjerit sebab dah gelabah. Spontan, aku brek mengejut dan
FAR yang kat belakang terkejut sebab dia tak nampak pak guard tu. Kalau kena
saman, terbanglah duit aku RM20 untuk satu kesalahan tapi aku buat dua ni. RM40
untuk student macam aku ni sangat besar dan bererti. Duit makan 10 hari tu.
Motor aku berhenti kira-kira 6 meter dari pak guard tu dan si FAR yang dah
sedar ada road block dengan lagak ayunya turun motor dan terdengkot-dengkot
melintas jalan depan pak guard tu. Hihihihi. Pak guard tu tahan aku, aku dah
berdebar tahap maksimum. Pak guard tu senyum-senyum and kata, "Lain kali, jerit
tu slow-slow sket, jangan buat lagi,"
Aku terkulat-kulat depan Pak guard tu dan cuba tersenyum kontrol ayu walaupun
aku rasa senyuman aku tu senget semacam. Hahahahah...

Lepas peristiwa tu, aku serik dh nak tumpangkan orang walaupun dengan helmet.
Cuti semester tu juga aku gunakan untuk mengambil ujian bagi memperolehi lesen
motor B2. Kebetulan aku tak balik kampung bercuti sebab sibuk siapkan projek
penyelidikan untuk thesis tahun akhir. Alhamdulillah sekali amik je aku lulus.

Kisah amik lesen motor pun macam-macam gak. Masa tu aku perhatikan, kebanyakan yang fail test motor ni ialah budak-budak muda yang nampak ada iras mat rempit. Jatuh jambatan..walhal aku buat ok je..(belagaklah plak..almaklumlah dah pass..hihi), pastu kat pusingan bentuk 8 tu pun bule masuk terbalik. Yang paling best aku rasa bila buat emergency break tu...hihihi...sampai kuar asap...bunyi dasat...

Itulah sedikit coretan kisah aku dan motor. Motor tu aku dah jual 4 bulan
lepas aku start housemanship kat hospital seremban dan aku beli motor yamaha
lagenda pulak yang juga aku jual di akhir housemanship aku dan berubahlah
kenderaan dan gelaran orang terhadap aku. Dulu staf farmasi hospital seremban
panggil aku minah rempit. Hahahah. Kenangan.

Sekarang ni, hubby dah tak bagi aku bawak motor wp gatal je tangan aku nak bawak motor. Best best best

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino