Tuesday, February 22, 2011

Nagla dan Aassad


Kumpulan penyelidikan kami terdiri daripada 16 pelajar sarjana dan 4 pelajar PhD termasuk saya. Ada 2 orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Libya. Ye, Libya yang sedang bergolak dengan sangat dasyat. Aassad selalunya sangat periang dan gemar mengusik akan tetapi semuanya sirna setelah pergolakan bermula. Nagla berendam airmata...Aassad juga begitu. Perkhabaran yang diterima pada hari ini lebih menyedihkan dan kami semua tumpang berdukacita...zalimnya manusia....kerana pangkat, harta, pengaruh...seolah-olah semuanya boleh dibawa ke dalam kubur nanti..Sepupu-sepupu dan saudara rapat mereka dibunuh kejam ketika mempertahankan kehormatan dan maruah ahli keluarga masing-masing. InsyaAllah moga mereka diterima sebagai mujahid dan mujahidah. Semoga syurgalah tempat mereka yang kekal abadi...

Saya tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan apa yang terpendam di lubuk hati. Seruan saya buat semua pembaca...buatlah solat hajat setiap waktu terluang. Doakanlah keselamatan dan mohonlah agar Allah hancurkan kejahatan pemerintah-pemerintah yang zalim dan menindas sebegini rupa. Bacalah Qunut Nazilah....bacalah sahabat-sahabat. Berhentilah berbicara tentang beg tangan mahal atau parti-parti yang dihadiri....saudara-saudara kita sedang menderita di bumi sana.....marilah kita sama-sama berdoa agar mereka selamat dan keamanan akan kembali pada mereka...kasihanilah mereka...kasihanilah mereka ya Allah....selamatkanlah mereka dan musnahkanlah pemimpin-pemimpin yang mendustai amanah yang mereka pikul.....Ameen....
Nota : Pertama kali, kami semua berkumpul membaca surah Yasin dan juga Qunut Nazilah. Nagla broke down...kasihan dia..semoga ukhuwah dan sokongan kami semua mampu menyumbang kekuatan buat Nagla. Aassad sudah pulang dan menuju ke kedutaan Libya di KL.

3 comments:

umeboshi on Tuesday, February 22, 2011 at 11:52:00 AM GMT+8 said...

sedihnye Am. sampai macam tu pergolakan kat sana eh. sbb berebut pemerintahan aje pun, diorg korbankan org awam. mmg zalim. nanti ciknoora spread the news/ isi kandungan blog am ni eh..

PynGees on Tuesday, February 22, 2011 at 2:40:00 PM GMT+8 said...

masyallah...moga mereka yg dizalimi ditempatkan dikalangan ambia'... salam takziah buat saudara kita Nagla & Aassad...moga diberikan kekuatan buat mereka b'dua...ameen...

'atikahzahir on Saturday, April 9, 2011 at 10:39:00 PM GMT+8 said...

Pn Am,
Saya nak share ye....
Terima kasih.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino