Saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia kerana beberapa faktor. Sehingga ke saat ini saya tidak terkilan langsung dengan keputusan saya -sudah istikharah insyaAllah dipermudahkan. Akan tetapi, perkara yang satu ini amat membuatkan hati saya agak tidak terkawal- terkilan dan marah.
Saya memerlukan artikel penuh dari journal saintifik yang berkaitan dan tidak semua journal tersebut dilanggan oleh universiti ataupun dilanggan tetapi hanya terhad kepada penerbitan tahun 1995 sehingga yang terkini. Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini iaitu, menghantar borang permohonan langganan kepada pihak perpustakaan universiti, meminta pustakawan untuk membantu carian ataupun memohon bantuan sahabat-sahabat yang berada di luar negara untuk membantu saya mendapatkan artikel penuh tersebut bagi memenuhi keperluan kajian literatur..tidak lupa juga Angah dan Alang di USM dan juga Acik yang sdg menyiapkan thesis sarjananya di UIA. Setakat hari ini, warkah dalam talian yang saya hantar buat pustakawan bagi mendapatkan artikel penuh daripada beberapa journal saintifik masih belum mendapat balasan. Bersangka baik-mungkin mereka masih belum menerimanya dari pihak yang berkenaan walaupun warkah dalam talian terakhir saya hantar lebih 6 bulan yang lalu. Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana sahabat-sahabat yang melanjutkan pengajian ke universiti luar negara begitu cepat memberikan respon untuk membantu saya menyelesaikan masalah kecik tetapi sangat signifikan bagi penulisan thesis. Saya terhutang budi-moga Allah permudahkan bagi kami semua dalam proses pencarian ilmu ini. Ameen.
3 comments:
Ya betul tu kak epel, banyak benda kecil tapi penting bagi kita terutama dalam buat research ni.
am...moga dipermudahkan segala urusan. jgn putus asa..ok!
gud luck. semoga segalanya dipermudahkan.
Post a Comment