Thursday, March 25, 2010

Akhirnya dia pergi juga


Kisah benar yang ingin saya kongsi.

Sepasang suami isteri telah berkahwin selama lebih 22 tahun dan tidak dikurniakan anak secara biologi-seorang anak angkat telah mengisi kesunyian pasangan ini. Setelah puas berusaha...dan hampir berhenti mencuba barangkali kerana faktor usia sudah tiba ke pertengahan 40-an, tanpa diduga, si isteri mengandung. Dapat dibayangkan betapa gembira dan bersyukurnya pasangan ini. Namun, proses mengandung dipenuhi dengan segala bentuk komplikasi dan akhirnya bayi dikandung dilahirkan dalam usia kandungan menghampiri 30 minggu, berat kurang 1000 g. Dengan keadaan sebegini, bayi juga mengalami beberapa komplikasi. Sistem organ yang kebanyakannya kurang sempurna pembentukan. Hendak di masukkan jarum utk memasang drip line juga sukar sekali. Kecil...bayi ini sangat kecil...diberikan nama sahabat nabi, khalifah Islam pertama. Setiap kali komplikasi serius berlaku, doktor pakar yang bertugas akan berbincang dengan umi Abu Bakar..dan setiap kali itu juga umi Abu Bakar akan menjawab...usahalah mama Abu...tak usaha kita tak tahu. Mama Abu-gelaran mereka buat doktor pakar yang merawat.
Pasukan yang merawat Abu melakukan segala yang termampu supaya harapan umi dan ayah Abu untuk melihat Abu sihat dan boleh pulang ke kampung bersama mereka terlaksana. Keadaan kesihatan Abu yang turun naik menyulitkan keadaan dan umi Abu masih dengan pendirian sama- dah 22 tahun kami tunggu...tunggu sekejap lagi untuk lihat Abu sihat tidak mengapa.
Namun hati ibu tiada siapa menduga..selepas 6 bulan Abu melihat dunia, di suatu pagi dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, ketika umat Islam sedang bersahur, keadaan Abu tiba-tiba kritikal. Semua tanda vital menunjukkan penurunan ketara. Mama Abu dihubungi doktor bertugas...umi Abu juga dihubungi untuk memaklumkan keadaan Abu. Setibanya di unit rawatan rapi tersebut, umi Abu maklum keadaan anak tunggal yang dinanti lebih dua dekat itu...tenang uminya berkata,
"Pagi tadi, ketika Abu nazak, kakak baru lepas berdoa selepas solat hajat...doa kakak...Ya Allah...aku redha andainya Abu tidak mampu sembuh dan hingga takat ini sahaja Abu dipinjamkan buat kami..."
Mama Abu memanggil pasukan petugas perubatan yang lain- staf nurse yang sudah maklum maksud pertemuan mereka menangis tidak berhenti. Abu sudah menjadi seperti anak mereka sendiri...6 bulan dijaga dan diulit rapi...sedihnya hati...batasan pesakit-petugas kesihatan sudah menjadi terlalu rapuh- Abu anak mereka juga...
Di akhir hayat Abu, uminya memangku dan Abu pergi selang beberapa jam kemudian.
Satu lagi permintaan umi Abu yang mendera jiwa...
"Boleh tak kalau Abu dimandikan dan dikafankan di hospital..selama 22 tahun kami dicerca orang kampung sebagai pasangan mandul...apabila disahkan mengandung saya sangat bersyukur dan tentunya gembira..namun untuk membawa Abu pulang dalam keadaan badan penuh bekas pembedahan...ianya tentu akan membuka ruang untuk orang mengata lagi..untuk keadaan sekarang, saya tidak rasa saya mampu mendengar apa-apa lagi."
Permintaan umi Abu dipenuhi...jenazah Abu Bakar dimandikan dan dikafankan di hospital dan dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan. 
Tenanglah di sana anakanda Abu Bakar...nantikan umi dan ayah...untuk bahagia di syurga abadi.....

Ketika mendengar kisah syahdu ini, saya sebenarnya sedang dalam keadaan tertekan, bukan kerana belum dikurniakan zuriat sendiri, tetapi kerana soalan-soalan dan kenyataan sesedap rasa orang disekeliling...mendengar kisah Abu dari kakak saya-mama abu, diam-diam kesyukuran saya panjatkan...kagum...rasa kerdil...segalanya bercampur-baur...Allah menjadikan sesuatu penuh dengan rahsia dan hikmah tersembunyi. Siapalah kita untuk mempersoalkannya...namun, usaha dan doa mampu mengubah segalanya...al-Fatihah buat Abu Bakar.....

Nota 1: Ketika teresak-esak menangis mendengar kisah Abu ini, baru saya sedari, Allah tidak membuka pintu hati saya untuk mengambil bidang perubatan kerana inilah- sayu syahdu memanjang....belum apa-apa dah meraung...
Nota 2: Kita berdoa, Allah makbulkan....Allah menguji...redha Allah yang kita cari....
Nota 3: Lama selepas Abu pergi...barulah mama Abu mampu 'attach' semula dengan pesakit ciliknya....ianya mengesankan....

10 comments:

Anonymous said...

innalillahi wainna ilahiroji'un..

Allah lebih sayangkan abu bakar.. semoga ayah dan ibu Abu Bakar diberikan ketabahn dan kesabaran.. insyaAllah..

Mulut Manusia ni mmg tak boleh dihalang daripd mengata.. kalau kita belum kawin, org mendesak desak suruh kita berkahwin.. tp bila dah berkahwin ditanya pula bila akan menimang cahaya mata.. begitulah manusia yg takpernah berpuas hati...

kita yg tahu perancangan kita tp Allah yang lebih Tahu kerana Dia yang menentukan segalanya

Kujie on Friday, March 26, 2010 at 7:41:00 AM GMT+8 said...

Kelahiran Abu sendiri membawa banyak pengertian untuk selami - Allah kabulkan doa bertahun-tahun dengan dugaan yang mengiktu kadar kemampuan manusia.

Bab mengataa manusia, sudah kembali ke tanah pun masih lagi ingin dicerca. Sabar sajalah

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Friday, March 26, 2010 at 9:23:00 AM GMT+8 said...

Abu Bakar dipinjamkan untuk memberi sedikit cahaya dan harapan ya Am. Tuhan ambil balik, mungkin ada hikmah dan alasannya yang ALLAH sahaja tahu.
Namun, dari kelahiran sikecil ramai orang dapat mempelajari erti kehidupan, membuka ruang simpati dan mungkin ada jalinan persahabatan baru yang akan terbina. Sedih sangat..
Untuk ibu Abu Bakar, sabarlah..Abu Bakar sedang menanti disyurga

Nor Ramli on Friday, March 26, 2010 at 9:38:00 AM GMT+8 said...

Nani: memang itulah hakikatnya..sedihkan...
Kak Jie: betul tu..dia datang sebentar cuma..meninggalkan kenangan yang sangat berharga buat semua...
Kak Yati: Yelah...hanya Allah yang maha mengetahui...memang sedih kak...isk isk isk

NUR said...

sungguh terkesan cerita ini di hati. sememangnya ini adalah cerita benar yang diceritakan oleh oleh 'mama abu' sendiri. memang sedih..."sesungguhnya Allah hanya mendatangkan ujian kepada hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA itu sendiri...." wallahualam...

si penulis on Friday, March 26, 2010 at 12:30:00 PM GMT+8 said...

betul, org sekeliling yg lebih "over" dari si pemilik badan. as if they r d 1 yg akan jaga anak kt. org yg concern is fine. they will ask nicely. org yg x concern, sibuk2 susahkan diri jaga hal org. sabarla kak. (utk kt juga). :)

Awwa on Friday, March 26, 2010 at 5:56:00 PM GMT+8 said...

salam am..sedihnya..semoga ibu bapa Abu tabah menerima ujian dari Allah. Allah lebih sayangkan dia..

idasm on Saturday, March 27, 2010 at 2:06:00 AM GMT+8 said...

salam, sedihnya membaca kisah ini. begitu terkesan di jiwa. mungkin sebab diri sendiri pun belum ada rezeki. hanya allah maha mengetahui. alfatihah buat baby Abu

MamaFaMi on Tuesday, March 30, 2010 at 12:42:00 AM GMT+8 said...

Assalamualaikum Am.. Takziah buat keluarga Abu yang begitu tabah menempoh segala dugaan Allah. Tetapi setiap apa yang berlaku, tentu ada hikmahnya. Moga Abu tenang di sana dan menanti kehadiran kedua ibubapanya di pintu syurga...

~albazrah~ on Monday, April 5, 2010 at 3:13:00 AM GMT+8 said...

assalamualaikum kak epal

kisah ini sangat hebat. Mama abu akan bertemu anakanda di syurga yang akan menyelamatkannya dari neraka nanti. Mereka akan sentiasa gembira dan ceria di sana. Tidak ada lagi kata-kata nista.

Untuk kak epal, insya Allah bersabar dan bergembiralah ramai yang mendoakan kakak. Saya juga.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino