Wednesday, August 27, 2008

Ulang Tahun


Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tersayang, moga dipanjangkan usia, dianugerahkan kesihatan yang lebih baik dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.Sebetulnya saya terlupa tarikh ini...cadangnya mahu membuat kejutan tetapi terlewat..kejutan perlu dibuat tempahan 2 hari awal..hihihi...Kek dalam gambar di atas saya tempah dari Lily...

Tuesday, August 26, 2008

Sibuk


Saya merasakan saya tidak sempat untuk menyiapkan banyak perkara. Mungkin keadaan badan yang tidak berapa sihat-asyik diserang migrane dan juga keletihan melampau. Alhamdulillah syukur kami sudahpun berpindah ke rumah baru. Kebanyakan urusan sudah selesai-cuma rumput di hadapan dan belah kiri rumah belum di potong dan batu-batu bekas pembinaan tempoh hari masih penuh di hadapan rumah. InsyaAllah akan dibereskan sebelum Ramadhan...

Wednesday, August 13, 2008

Jauh dari meja/komputer riba


Saya bercuti daripada 13 Ogos 2008 sehingga 20 Ogos 2008. Tujuan cuti saya kali ini adalah untuk membantu suami:1) mengemas rumah sewa2) menyediakan/membungkus barang-barang.3) memastikan penghawa dingin/piring terbang asetero dibuka dan dipasang di rumah baru.4) memastikan tiada barang yang sudah tidak diperlukan/rosak dibawa ke rumah lama (bungkus elok-elok dan letakkan di hadapan rumah untuk dikutip...

Tuesday, August 12, 2008

Walimatul Urus


Saya sempat meraikan majlis walimah bekas anak murid dan juga rakan sekerja yang berlangsung di minggu terakhir julai dan minggu kedua bulan Ogos.Sofiyyah dan pasangan; 27 Julai 2008Nafiza dan pasangan; 8 Ogos 2008Nana dan pasangan; 10 Ogos 2008.Semoga mereka semua mendapat keberkatan dan beroleh kebahagian hidup dunia dan akhir...

Friday, August 08, 2008

31- 08.08.08


AlhamdulillahKesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan saya dipanjangkan setahun lagi usia.Terima kasih buat bonda yang gagah membawa saya dalam kandungan.Al- Fatihah buat arwah ayahanda yang gigih berusaha untuk membesarkan saya.Tiada ucapan terima kasih atau hadiah yang dapat saya berikan untuk membalas jasa mereka...

Thursday, August 07, 2008

Ikan keli


Abanglong sudah menjadi usahawan tani sepenuh masa. Ternakan kambing dan juga ikan keli telah menjadi sasaran utama abanglong bermula 2 minggu lalu. Semuanya abanglong lakukan sendiri, dari mencari rumput untuk kambing sehinggalah ke pemasangan/pembinaan tong air untuk ikan keli. Abanglong sama seperti emak saya. Mereka memerhati persekitaran...

Ombak


Ombak memukul pantaiTanpa jemuBerubahkah pasiran?Ataupun berubah seketika dan kembali semula ke kekedudukan asal?Matahari terbit dan terbenamTerkesankah lautan?Tersejat cairan ke dada langit membentuk awan..Pabila berat ditampung ianya turun semula bercucuran..IndahLebih indah sekiranya setiap hamba yang bernafas di muka bumi Memerhati Mengambil...

Tuesday, August 05, 2008

Kenyir


Gambar-gambar untuk entri ini telah lama diambil-sewaktu pulang ke kampung suami di Kuala Terengganu bulan Mac yang lalu. Walaupun hanya pulang dalam jangka masa yang singkat tetapi sempat juga kami singgah di Tasik Kenyir dan menikmati pemandangan yang sangat menarik. Selamat menjamu mata dengan pemandangan dirakam jurukamera amatur...

Monday, August 04, 2008

Adaptasi


Ahad.Saya dan suami berziarah ke rumah sahabat kami di Bangi. Mereka berdua baru dikurniakan cahayamata kedua. Keduanya tidak mempunyai sebelah tangan kanan. Kebetulan ketika kami sampai di sana, ada beberapa orang sahabat mereka juga datang berziarah. Topik yang menjadi perbualan kaum ibu adalah- anak. Saya dan suami masih belum dikurniakan rezeki anak dan bulan Disember ini genaplah 4 tahun kami bernikah sudah terlalu bersedia...

Friday, August 01, 2008

Sakit dan ubat


Pagi tadi saya bangun sangat awal kerana sudah merancang untuk melakukan kerja-kerja rumah sebelum keluar ke makmal bersama suami (kereta saya telah tidak keluar melihat dunia selama 4 hari). Semasa menggosok stok baju kerja saya dan suami untuk persediaan minggu hadapan kerana hujung minggu ini kami mempunyai jadual yang sangat padat, saya telah menonton rancangan bual bicara Oprah. Isu yang dibincangkan ialah tentang insurans...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino