Tuesday, October 30, 2007

SYUKUR ALHAMDULILLAH...


Syukur Alhamdulillah atas kurniaanMu.
Moga mendapat keberkatan di setiap langkahanku di masa mendatang.
Tahniah juga buat Cik UST.
Terima kasih buat hubby tercayang n family...Cik Senyum and DrKay yang membantu.
Alhamdulillah...
Actually..last May aku menduduki Pee Tee Kay. Kakitangan gomen tahulah sistem evaluasi tahap kompetensi utk kami ni. Aku amik tahap III. Alhamdulillah...lulus...dapat aras IV. Aku tak sangka walaupun berharap sebab kali pertama format berubah. Kalau batch sebelum kami ni ada 30% tugasan dan selebihnya exam bertulis...tapi kami...
ada 30% penilaian berterusan termasuklah pakaian dan keterampilan..pastu ada 2 presentation dan 1 written assignment. Untuk ujian, ada 3 presentation dan 3 written assignment yg perlu dilaksanakan. Masa ada 5 hari..yaa...5 hari yg sgt kronik dlm hidup ini...hihihi...Apa yang aku bule dapat lepas lulus ni? Aku pun baru je tahu...
1. Anjakan gaji
2. Bule mohon naik pangkat (ni aku blom nak buat sbb ada byk syarat lain..dan aku blom yakin utk ini....nantilah...aku penuhi syarat2 lain tu lebih dari tahap minimum...baru aku mohon....)
Tulah kisahnya....Alhamdulillah....syukur...

CITE RAYA


Raya...
Banyak gak citenya...tengok gambar jelah..
Raya tahun ni...
2 hari sebelum raya balik KT.
Raya 1: KT
Raya 2: KT
Raya 3: KT to KB
Raya 4: KT to SA
Raya 5: SA to Sban
Raya 6: Sban
Raya 7: Sban to Selayang to Puchong to Nilai to SA
Raya 8: Dok dendiam kemas umah, iron baju etc etc




Sepagi di kebun pokok naga bondaku..



Majlis pertunangan adinda bongsu...

Wednesday, October 10, 2007

Eid Mubarak!!





'Eid a Thanksgiving Day
'Eid a Day of remembrance
'Eid a Day of victory
'Eid a Harvest Day
'Eid a Day of forgiveness
'Eid a Day of peace


Selamat menyambut hari kemenangan dan kembali kepada fitrah. Berhati-hati di jalanraya semoga anda selamat tiba untuk bersama kaum keluarga dan kembali untuk bekerja.
Maaf atas segala salah dan silap andainya ada.

Tuesday, October 09, 2007

Jawab tag Cik Ayong...


Kena tag plak. U r lucky le cik ayong...kak epel sedang kemaruk berblog ni haa..

Three names you go by?
1. Epel
2. Ateh
3. Ayang (ni hubby je panggey...aci dak? )
Three physical things you like about yourself?
1. My head (with the brain in it)
2. My eyes
3. My fingers...

Three physical things you don't like about yourself?
kalau nak dikirakan banyak...tapi Allah bg banyak gak...so bersyukur dengan apa yang ada
Three parts of your heritage?
Tatau nak jawab...ermmm ermmm...ermmmmm
1. Arwah atok Abas asal Acheh kot...
2. Arwah Apak asal NS..minang...suku biduanda--belah darat
3. Mak asal NS gak..minang gak...suku biduanda--belah laut...(aku pun tak paham)

Three things you can't stand?
1. orang suka mencarut dan memaki
2. Segala jenis asap yang membahayakan kesihatan (tiru ayong)
3. Bila kena buat procedure dengan tikus2 kat lab (period je benda nih..)

Three things that scare you?
1. Hubby marah2...aku yang degil
2.Mak marah2...aku gak yg degil
3.Tikus marah2....hahahahah

Three of your favorite shows?
1. Oshin
2. al-Hidayah (versi pagi2 masa bulan Ramadhan)
3. Ugly Betty
Three of your favorites Japanese Anime?
Aku tatau laaa...tatau...huhuhu
Three of your favorite current songs?
1. Lelaki ini
2. Pulanglah (period..sbb rayakan..)
3. Dealova
Three movies you can watch over and over again?
1. Homeless to Harvard
2. Kuch Kuch Hota Hei
3. Who Am I
Three movies you would like to watch?
1.Erm...
2. Erkkk...
3. Erggghhhh....
(Aku tak tgk wayang...mak tak bagi...pastu hubby pun tak bagi...)
Three of your everyday essentials?
1. Ermm..
2.Erkkmmkkkk
3. Iskkksssshhhh
Three things you're wearing now?
1. Wedding band
2. in house sandal (kaki pecah2 aaa)
3. baju aaa
Three things you want in a relationship?
1. Understanding
2. Sharing
3. caring
Three physical things about the opposite gender that appeals to you?
1. Sharp nose
2. Tinggi
3. Smile
Three bad habits?
1. suka luahkan pemikiran (x semua org bule accept)
2. Malas gosok baju
3. Novel Maniac (tiru ayong lagi)
Three of your favorites hobbies?
1. Study novels
2. Tido
3. Masak
Three careers you're currently considering pursuing?
1. Research
2. Lecturing
3. Full time housewife with 5K allowance monthly....hahahaha
Three places you want to go on vacation?
1. Tanah Suci....bilalah duit nak cukup nih...
2. UK...London again? huhuhuh
3. Switzerland
Three kids name you like?
1. Nurain
2. Hafiz
3. Syafiq
Three things you want to do before you die?
Biarlah menjadi rahsia diri ini dan Yang Maha Pencipta....
Three things you're stereotypically a girl?
1. Shopping baju
2. Jewel
3. Sensitip bila orang sebut pasal berat....memanglah aku ni berat..so what??
Initial of three crushes?
1. Ermm...
2. haahhhh!!!???
3. Uishh...takkanlaaaa.....
hree people I tag to do this?1. Keshi 2. Arsaili 3. Ermm...cik yanie...bule bule bule???

Kisah Ramadhan II - Lembu dan karipap


Aku tetiba je ada banyak idea nak menulis. Walaupun banyak benda nak dibereskan. Mass killing belum selesai, aku sambung esok...dan juga sampling and simpan sample...esok juga nak basuh semua rats' cages yang banyak tu..yang busuk pun bule tahan jugak..

Since tadi dah cite kisah kambing. Sekarang ni aku nak cite kisah lembu plak. Errmmm...apalah significantnya lembu dan karipap...

Kisah karipap hasil tangan mak aku dah ceritakan tadi. Mak buat karipap intinya kentang dan juga berencahkan daging yang dipotong kecil-kecil. Harganya 20 sen sebijik. Mak kata, nak jual kat orang biar orang yang membeli tu puas hati. Jangan kedekut sebab berniaga makanan memang banyak untung.

Nak dijadikan cerita, sebelum mak buat keputusan nak goreng karipap and popia di gerai, mak selalu goreng semuanya di dalam rumah dan kemudian di angkut keluar. Masih lagi aku sorang yang jadi tukang angkat. Kadang-kadang adik bongsu aku ada gak. Dia skolah tadika masa tu, perangainya...ermmm...biasalah...anak lelaki bongsu...Mak selalu suruh adik bongsu aku ni menolong mengangkat mana yang patut. Adik bongsu aku nih...senakal2 dia..dia tetap puasa...cumanya dia suka berendam dlm bilik air takpun duduk bersila bawah paip air kat depan umah tu sambil pakai seluar pendek. Kepalanya dibasahkan berterusan oleh air paip tu. Aku pun dah malas nak marah dia..aku angkat jelah kuih-kuih sume sorang-sorang. Masa aku masuk dlm rumah untuk amik bekas yang seterusnya...aku rasa tak sedap hati...bila aku keluar, aku tengok seekor lembu sedang menolak bekas karipap yang penuh berisi dengan mulutnya dan juga sedang mengunyah dengan enaknya....aku biasalah...kan penakut dengan binatang...."MAKK!! Lembu
makan karipappppppppp!!

Hasilnya, adik bongsuku teruk kena bambu ngan mak sebab tak tolong aku....dan karipap yang belah-belah atas bakul tu dikorbankan. Hampir 30 biji sebab takkan nak jual karipap yang da tercemarkan???

Walaupun aku panik dan ketakutan tapi dalam hati aku mentertawakan lembu tu...apalahhhh...yg ko pegi makan 'kawan' ko tu kenapa...yelah...mak kan buat karipap inti kentang berencahkan daging lembu????

Kisah Ramadhan I - MAIL


Lama tak update blog.

Aku memang kesibukan luar biasa.

Mengejar masa supaya siap semua kerja di makmal sebelum pulang beraya ke KT 2 hari lagi.


Kisah ni berlaku masa aku kecik2 dulu.

Setiap Ramadhan, mak akan berniaga kuih-muih samada kuih manis atau pedas berunsur tradisional. Mak memang hebat dengan skil membuat kuihnya. Aku hanya memerhati sahaja. Berguna juga skil tu masa duduk di tempat yang takde bazaar ramadhan dulu. Hihih....


Masa aku di darjah 4-tingkatan 3, aku duduk di rumah. Setiap bulan ramadhan menjadi rutin dalam hidupku untuk membantu emak menyiapkan kuih jualannya untuk diniagakan di gerai hadapan rumah -- gerai yang satu waktu dahulu membuatkanku sangat malu dan segan. Malulah...mak jual kuih....selalu kawan-kawan di sekolah mengejekku dengan jeritan "nasi lemak.....kuih kuih..". Oleh kerana kesusahan hidup..masa aku di sekolah rendah juga aku 'dipulaukan' oleh golongan pelajar yang 'elit' le kononnya. Masa tu aku sangat sedih, tempat duduk aku juga mereka pindahkan sesuka hati hanya kerana aku tiada pensel tekan2 yang canggih ataupun beg sekolahku bocor di tengah jalan...hmm....kejamnya mereka.


Sudah2lah cerita sedih tu kerana aku juga sebenarnya perlu berterima kasih kepada mereka kerana 'pengajaran' yang amat mahal harganya...yang membuatkan aku berusaha keras untuk berjaya dalam hidupku....what goes around comes around....salah seorang yang tega mengejekku dengan panggilan dan ejekan2 yang sgt menghiris hati telah kutemui 'menjual kuih' juga bagi menyara kehidupan...aku tak pandang hina padanya kerana hasil jualan kuih seperti itu jugalah yang memanusiakan aku dan adik beradikku yang lain.


Kisah kambing bermula begini....

Setiap petang, pulangnya dari sekolah lebih kurang pukul 2.30 petang, aku akan mandi, solat dan berehat sebentar. Keletihan..dengan jarak hampir 1.5 KM berjalan kaki dan juga cuaca bulan puasa yang kebiasaannya sangat menggigit kulitku dan juga menambahkan dahagaku. Aku kemudiannya akan membantu mak menggulung popia goreng. Ya...itulah kepakaranku. Aku boleh menggulung 70 biji popia dalam masa 20 minit. Laju dan lincah jari-jemariku melalukannya. Kadang-kala lebih pantas...kadangkala lebih perlahan--(sebab aku terlelap...hihihih). Selepas selesai semuanya, aku akan menguruskan pula urusan membuka gerai di hadapan rumahku.


Waktu tu, kebanyakan masa aku keseorangan membantu mak. Kakak-kakak serta abang di universiti atau di sekolah berasrama penuh. Adik pula sekolah sesi petang....selamatlah dia selalunya...Biasanya lebih kurang jam 3.45 petang gerai akan mula dibuka. Aku bukan hanya mengelap meja, mengangkut kerusi dan juga bangku serta mengangkat dapur gas dan juga tong gas yang digunakan untuk menggoreng karipap dan popia. Mak mahukannya begitu, karipap dan popia adalah untuk dijual panas-panas dan segar untuk pembeli hasil tangan mak. Mak selalunya sibuk menyiapkan beberapa jenis kuih lagi. Antara kuih yang mak selalu sediakan selain karipap dan popia...kuih lapis, lopis, seri muka, puding jagung, bingka gandum, bingka pulut, bingka beras, bingka ubi, kuih kasidah, pulut urap, mee goreng, bihun goreng, roti jala, badak berendam, cucur badak, badak sumbu boleh tengok kat zoo...hahahahahah. Mak sangat menjaga kualiti kuih-muih yang dihasilkan. Kami hanya membantu urusan menyiapkan kuih-muih sahaja. Menguli tepung atau membancuh adunan tak pernah mak serahkan pada kami.


Mak berniaga sejak aku berusia 6 tahun jika tidak salah ingatanku. Mak ada pelanggan tetap. Karipap mak buat sentiasa laris. Kepakaran mengelim tepi karipap juga dimiliki oleh semua anak mak, lelaki ataupun perempuan...Sampai sekarang, kami adik-beradik akan jadi sangat excited jika mak kata nak buat karipap...tak tahu kenapa.


Balik pada cerita buka gerai tadi. Since aku seorang sahaja yang berulang-alik keluar masuk mengangkat barang-barang jualan, bekas plastik, kuali, minyak dan pelbagai kelengkapan lagi, seringkali aku kerisauan sebab aku takut kuih yang dah diletakkan di atas meja jualan mak tu diambil orang, dilarikan orang dan juga di'kotorkan' orang. Selalu aku berlari-lari keluar masuk rumah untuk pastikan tindakan aku pantas dan cepat. Kadang-kadang sudah ada pelanggan mahukan karipap...huhuhu...minyak pun belum panas, cemana nak jual karipap...tapi tulah istimewanya mak. Pelanggan akan menanti sehinggalah siap karipap digoreng.


Satu hari masa tu kalau tak silap aku di dalam darjah 4. Aku keluar seperti biasa untuk memulakan gerai jualan kuih-muih mak. Dari jauh aku melihat seekor kambing jantan berjalan lenggak-lenggok sambil 'menegur' insan lain apabila bertembung. Aku tak pernah tengok lagi kambing nih. Sedang sibuk menggoreng karipap, aku terkejut apabila kambing tu dah berdiri betul-betul dihadapan gerai sambil mengembek2 manja dan juga airliurnya menitis tak henti-henti. Aku memang TAKUTKAN binatang...hatta kucing sekalipun. Menjeritlah aku cuba menghalau....habis ayat aku lafazkan suruh kambing tu berlalu..namun sesia belaka...uwaaaaaaaaaaaa.....'MAKKK!!!!

Aku menjerit..kambing tu makin hampir dan mula menggesel2 manja kepalanya di meja gerai. Mak tiba...dan mak pun cuba jugak halau kambing tu...tapi tak berjaya...ketuk2 sket kepala diapun tak berjaya jugak. Akhirnya mak ambil keputusan untuk tarik tanduk kambing ni dan heret untuk dihantar ke rumah tuannya. Ermmm...kambing tu namanya "MAIL". Kambing 'gatal merenyam' yang memang tak makan saman. Sejak hari itu, aku cukup risau kalau waktu aku keseorangan di gerai, ia datang melawat...dan memang rutin hidupnya...setiap jam 4 petang ia akan keluar 'mengorat'...dan aku tak sabar menantikan ramadhan berakhir...tak sanggup nak bergaduh dengan MAIL lagi.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino