Sunday, June 17, 2007

Kasihmu akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku...


Zaman kanak-kanakku. Aku tak pernah tahu hari bapa ke hari ibu ke...yang aku tahu:
1. hari raya sebab aku akan dapat baju baru
2.hari guru sebab aku kena bawa makanan utk jamuan dan juga hadiah utk guru wp hanya sebuku sabun mandi palmolive yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah yang hanya 30 sen sekeping
3. hari merdeka sebab kalau cutinya di pertengahan minggu, cikgu matematik akan bagi 100 soalan matematik untuk diseselaikan sebagai kerja rumah
Bila aku makin meningkat dewasa, dah duduk asrama barulah aku tahu hari ibu, hari bapa dan hari2 yang lain.
Setiap kali hari ibu aku akan poskan kad untuk mak ataupun beli hadiah kecik2.
Bila hari bapa, kadang-kadang aku belikan kek..wp apak jarang nak celebrate. Apak serius dan garang orangnya. Makin aku dewasa, makin aku mengerti dan fahami. Menunjukkan kasih sayang dan penghargaan bukan kena tunggu hari itu sahaja, hari-hari pun boleh.
Kenangan itu amat indah rupanya walaupun mengundang kesedihan yang berganda. Minggu lepas baru sahaja aku ziarahi kubur arwah apak..ye...apak dah takde di dunia ni untuk aku belikan kek pada tarikh ini mahupun hanya untuk mengucapkan selamat hari bapa..Namun aku lega kerana arwah sempat menyaksikan aku menggapai kejayaan dan juga mewalikan pernikahanku.



Saat hari konvokesyenku..arwah apak tidak mengucapkan tahniah...namun, mak memberitahu...airmatanya mengalir di pipi tika aku melangkah ke ruang pentas untuk menerima skrol mengucapkan segalanya...
Al Fatihah untuk almarhum ayahandaku.....sesungguhnya kasih sayangmu wp dalam bentuk yang sangat sukar untuk difahami tetap terpahat di satu ruang istimewa di hatiku. Semoga arwah apak bahagia di sana.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino