Tuesday, June 07, 2011

Penyet


Saat begini rasa macam nak jadi segala superhero yang ada dalam komik...Moga diberikan kekuatan, ketabahan, ketahanan mental dan fizikal...moga Allah permudahkan...ameen...ilmu itu milikNya...hanya pinjaman pada makhluk manusia.Harapan saya untuk pertemuan esok hari...'Semoga saya tidak menjadi cekodok penyet selepas itu'....hahahah...doakan... nota:1. Bukan viva....discussion biasa je,..saya terlebih cuak sebab dah terlalu lama...

Friday, June 03, 2011

Anugerah


Apabila saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia sahaja dan bukan di universiti terkemuka di luar negara, banyak yang bermain di fikiran saya. Keputusan itu diambil kerana ketika tawaran biasiswa mula diiklankan, suami saya baru sahaja menerima tawaran pekerjaan setelah hampir 2 tahun menjalankan pernigaan kecil-kecilan. Itulah pengorbanan suami saya untuk sebuah ikatan perkahwinan. Meninggalkan pernigaan,...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino