Monday, June 18, 2007

Kisah kehilangan...


Tadi aku baca blog kak awwa.., aku baca banyak btol entry kak awwa tentang kegusaran dan kehampaan sebab tak dapat lagi barang yang dibeli melalui website. Aku baca dan aku faham kehampaan kak awwa. Kenapa aku faham? Adakah aku cuba menjadi sahabat yang baik dengan buat2 faham? atau aku cuba memberikan sokongan moral sebab tu aku assume aku faham? Tidak sama sekali hadirin hadirat yang dimuliakan sekalian..wakakakak..cas debatlah plak.

Peristiwa yang aku nak kongsi dengan
kak awwa ni dan semua orang ialah tentang kegagalan sistem pos di dunia. Hahahaha..poyo je..

Gini kisahnya. Ianya berlaku masa aku blaja di London tahun 2003. Bulan April 2003 aku balik mesia masa cuti easter and bertunang, so adalah dapat kain hantaran, dan kebetulan jugak waktu tu kawan aku ada belikan aku kain sepasang. Dedua pasang kain tu mak aku buatkan baju kurung dan hantarkan utk disulam di hujung kaki dan tangannya. Aku memang minat sulam2, manik2 dan yang sewaktu dengannya. Bila mak dah siapkan baju tu..lebih kurang waktu tu bulan Ogos dan hampir dengan besdayku.., mak nak poskan guna pos laju mcm biasa mak akan buat untuk pos buku aku, kuih raya, rendang, serunding dan lain lain. Kakak plak menghalang dan kakak kata, paskan aje pada adik iponya yang kebetulan nak balik ke UK waktu tu. Mak berat hati sbb dia tak suka nyusahkan orang walaupun sedaralah kiranyakan. Dalam berat hati mak kirimkan jugak. Tiba waktu yang dijanjikan sebab yelah kan..duduk di rantau orang, kalau ada kiriman dari Mesia teramatlah hepinya..dahlah baju hantaran aku plak tu. Of course I teruja tau...huhuhu...

Aku menanti dari sehari ke sehari ke sehari. Tiap-tiap kali balik rumah dari Uni aku akan jenguk keliling ruang tamu kot2 ada bungkusan menanti ataupun paling tidak kad dari pejabat pos yang menyuruh aku gi ambil bungkusan tu di pejabat pos berhampiran tapi tiada. Dari sehari ke 2 hari ke seminggu namun masih belum ada. Aku pun dah panik sebab dalam tu ada baju kurung 2 pasang, jem tart (kegemaranku) sebalang dan juga CD yang tunang (sekarang hubby) berikan sbg hadiah hari lahir aku. Penantianku hampa belaka. hahaha...Aku pun call adik ipo kakak aku tu dan tanyakan pada dia ref number sbb aku buat andaian dia akan hantar guna pos berdaftar. Bukan mahal sgt..dalam 3 pounds lebih je. Jawapannya....
" Saya hantar guna pos biasa jaa kak epel..alaa..bukan jauh sgt Leeds ngan London..lagipun reliable..."
Macam nak gugur jantungku.
Aku menanti lagi wp harapan makin pudar...kurasakan pudar dalam hatiku...hahahah...
Akhirnya dikatakan bahawa bungkusan itu HILANG...LOST....!!!
TIDAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!
Menangis aku. Walau bape pounds sterling pun royal mail nak gantikan tetap takkan sama dengan baju kurung hantaran dan hadiah yang mak dah penat2 jahitkan serta hantarkan utk sulam. Mak kata baju2 tu cantik sgt..huwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!! HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
Aku taulah maybe dia nak jimatkan duit..sbb tu hantar guna pos biasa...tapinya kalau nak claim pun aku boleh bayar..aku pun ada duit scholarship gak apa. Lebih membuatkan aku marah sbb takde 1 patah perkataan maaf pun diucapkan mamat tu pada...kalau aku ok gak lagi...tapi pada mak aku. Seolah-olah takde apapun. Ermm...tu jelah kisahku pada hari Senin yang sgt blues ni...

Sunday, June 17, 2007

wajah kesayangan hamba..chewahh...!!


Actually...aku tak pernah guna slide show..
Nilah nak testing 1,2,3...
Enjoy!!

Kasihmu akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku...


Zaman kanak-kanakku. Aku tak pernah tahu hari bapa ke hari ibu ke...yang aku tahu:
1. hari raya sebab aku akan dapat baju baru
2.hari guru sebab aku kena bawa makanan utk jamuan dan juga hadiah utk guru wp hanya sebuku sabun mandi palmolive yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah yang hanya 30 sen sekeping
3. hari merdeka sebab kalau cutinya di pertengahan minggu, cikgu matematik akan bagi 100 soalan matematik untuk diseselaikan sebagai kerja rumah
Bila aku makin meningkat dewasa, dah duduk asrama barulah aku tahu hari ibu, hari bapa dan hari2 yang lain.
Setiap kali hari ibu aku akan poskan kad untuk mak ataupun beli hadiah kecik2.
Bila hari bapa, kadang-kadang aku belikan kek..wp apak jarang nak celebrate. Apak serius dan garang orangnya. Makin aku dewasa, makin aku mengerti dan fahami. Menunjukkan kasih sayang dan penghargaan bukan kena tunggu hari itu sahaja, hari-hari pun boleh.
Kenangan itu amat indah rupanya walaupun mengundang kesedihan yang berganda. Minggu lepas baru sahaja aku ziarahi kubur arwah apak..ye...apak dah takde di dunia ni untuk aku belikan kek pada tarikh ini mahupun hanya untuk mengucapkan selamat hari bapa..Namun aku lega kerana arwah sempat menyaksikan aku menggapai kejayaan dan juga mewalikan pernikahanku.



Saat hari konvokesyenku..arwah apak tidak mengucapkan tahniah...namun, mak memberitahu...airmatanya mengalir di pipi tika aku melangkah ke ruang pentas untuk menerima skrol mengucapkan segalanya...
Al Fatihah untuk almarhum ayahandaku.....sesungguhnya kasih sayangmu wp dalam bentuk yang sangat sukar untuk difahami tetap terpahat di satu ruang istimewa di hatiku. Semoga arwah apak bahagia di sana.
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino