Thursday, February 28, 2008

Hari ini


Akhirnya si kecil itu pergi jua...Pagi itu apabila saya sampai di makmal ia sudah terbaring tidak bernyawa. Lalu saya mohon bantuan adik di sini untuk meletakkan bangkainya di dalam peti sejuk di bilik haiwan.Sebenarnya saya bersyukur kerana ia mati bukan kerana saya yang meletakkannya di dalam DE chamber itu.Kebelakangan ini saya asyik sakit kepala. Sakit kepala sebelah yang sangat berdenyut. Ianya akan hilang apabila saya tidur...

Tuesday, February 19, 2008

SAKIT


Si kecil ni sedang sakit. Tidak mahu makan atau minum. Saya tahu saya perlu mengorbankannya sedikit masa lagi atas alasan kesihatan. Tak sampai hati pula nak biarkan ianya kelaparan dan dahaga. Saya suapkan dengan air glukos. Moga ada sedikit tenaga untuknya.Beratnya menurun drastik dari 170g ke 98g. Errmm...tinggal tulang dan kulit sahaja.Sedikit...

KAMBING


Along, abanglong dan uda bersatu tenaga dan modal dengan memulakan penternakan kambing secara kecil-kecilan. Kandang di bina di kawasan belakang rumah mak, kawasan hampir dengan sungai dan juga di belakang kawasan kebun pokok naga mak.Mak sangat teruja dengan 'cucu-cucu' yang baru sampai 2 minggu lepas. Hujung minggu lepas saya pulang ke...

Friday, February 15, 2008

Pilihanraya


Pilihanraya Umum ke 12 bakal menjelma kurang 3 minggu dari hari ini. Saya dan suami mempunyai sedikit masalah untuk 'giliran' balik kampung kami. Ini adalah pilihanraya pertama semenjak kami bergelar suami isteri. Saya kira, menentukan giliran balik raya lebih mudah dari giliran balik mengundi. Raya setiap tahun ada 2 kali..mengundi kena ikut kata PM..bubar parlimen atau tidak maksimum 5 tahun sekali...Hihihi...Suami berdaftar...

U.D.A.N.G


Lama tidak menulis. Kesibukan. Alasan biasa.Malam tadi saya ke pasaraya besar untuk membeli barang dapur yang sudah 'kering'. Teringin membeli udang untuk dimasak hari ini; adik-adik di lab anjurkan jamuan 'pot luck'. Semalam, 4 orang dari mereka melalui pembentang 'research proposal' yang agak mencabar. Cara kami untuk destress...masak dan makan ramai-ramai. Saya bercadang untuk membuat seafood pasta..jadinya memang perlulah...

Monday, February 04, 2008

Berundur


Kisah ringkas yang berlaku semalam.Seawal jam 8 pagi saya sudah memandu ke stesyen komuter Seksyen 19, hajat di hati ingin menemani Along dan anak sulungnya melihat-lihat pameran program Outreach KPTM di KL Sentral. Sampai di KLS Along sudah menunggu dan sudah pun melawat booth UiTM. Kami kemudian bersarapan di KLS sebelum sambung menjenguk dari satu booth ke booth yang lain. Selepas booth IPTA/S, kami menjenguk pula ke factory...
 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino