Friday, April 29, 2011

Sekali air bah


Bukan pantai yang berubah....tapi saya yang macam nak pengsan terperangkap dalam kereta.
Hari ni, setelah hampir 34 tahun saya dilahirkan ke dunia, saya menghadapi keadaan kritikal banjir (air naik secara tiba-tiba). Puncak Alam yang berada di kawasan yang tinggi pun boleh banjir. Subhanallah.
Perjalanan saya ke tempat kerja yg biasanya hanya mengambil masa 20 minit menjadi hampir 2 jam.

Perasaan saya ketika perlu meredah air yg agak tinggi itu- tidak mampu diucapkan. Terketar-ketar ketika menghubungi suami memaklumkan keadaan kritikal saya ketika itu...
Perasaan saya sekarang, selepas merentasi air yg naik tiba-tiba- tidak mampu diucapkan juga...Alhamdulillah...syukur Allah memelihara keselamatan saya.

Nota 1: Semasa keadaan kalut tadi, saya menelefon banyak pihak- 999 pertama sekali...boleh pula operator arahkan saya telefon 103 untuk telefon bahagian kawalan trafik...aik...sayakan sedang terperangkap dalam air bah....tapi saya ikutkan juga....tapi 103 tiada jawapan....ermmmm
Nota 2: Saya telefon sekali lagi 999, mereka minta maklumat, tidak lama kemudian, bahagian kawalan banjir, MBSA pula menelefon saya minta maklumat.....
Nota 3: Sejam kemudian...YE SEJAM KEMUDIAN.....balas polis mana ntah telefon saya mohon maklumat sekali lagi...eh eh....berapa banyak maklumat ni.....
Nota 4: Selepas akhirnya berjaya sampai di makmal, saya google JPS Selangor dan hubungi mereka maklumkan keadaan banjir di Meru-Puncak Alam ni.....kalau ikut yang menjawab panggilan telefon saya tadi...mereka masih tidak mengetahui keadaan ini.....ermmmmmmmmm........
Nota 5: Komunikasi berkesan!! InsyaAllah mampu menangani banyak masalah di dunia ni.....
Nota 6: Komunikasi dengan Yang Maha Pencipta ketika dalam kecemasan tadi, saya fikir adalah sangat tulus dan telus.....syukur ya Allah...diberikan peluang lagi hambaMu ini menghirup udara segar di muka bumi ini....syukur...
Nota 7: Sekarang, mari teruskan kerja....rajin2 epel! Not much time left!! 

1 comments:

Aku, Dia & Rezeki. on Friday, April 29, 2011 at 12:13:00 PM GMT+8 said...

Inilah 1 Malaysia.

Semua orang gilakan maklumat. Tetapi kosong dalam tindakan. Paling mudah, hampir saban tahun, ibubapa pelajar perlu mengisi borang biodata anak, hingga 6 helai bagi seorang pelajar. Bulan 6, kertas yang sama diberikan kepada anak murid.

Maaf, salam hormat, apa khabar ? :)

lAMA TAK DENGAR BERITA ...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino