Tuesday, August 17, 2010

7 Ramadhan


Saya baru selesai bermesyuarat dengan penyelia. Temujanji dilakukan seawal jam 7 pagi. Walaupun sudah lebih 4 tahun, namun apabila ada sahaja perbincangan dengan penyelia, darah gemuruh saya tidak pernah hilang. Ada sahaja debaran yang melanda. 
Selepas perbincangan, saya menarik nafas lega. Alhamdulillah. Mudah-mudahan perancangan ini diberkati Allah. Kerja saya sudah banyak kali tertangguh kerana tikus-tikus mendapat jangkitan kutu, kelewatan kerja-kerja teknikal untuk sistem sangkar tikus dan juga syarikat pembekal bakteria yg ingin digunakan telah melakukan kesilapan membekalkan produk yang diminta. Aduhai....rancangan awal saya, Jun dan Julai siapkan peringkat 'hampir akhir' ini dan Ogos/September analisis data dan juga menulis. Kini, saya membuat perancangan baru yang termampu dimampatkan untuk disesuaikan dengan cuti menyambut Aidilfitri nanti. Penyelia bersetuju dan menyokong serta memberikan saya tempoh cadangan menghantar draf pertama. Saya ada 7 bulan lagi...insyaAllah, akan saya usahakan sedaya upaya. Tolong doakan saya diberikan kesihatan dan kesempatan serta dipermudahkan segala urusan. Pengajian ini sudah menjadi satu perjalanan yang panjang dengan pelbagai onak dan duri. 
Nota 1: "Ianya" akan dihantar minggu hadapan. Semoga dilembutkan hati para penilai untuk diterima. Ameen...
Nota 2: Mak insyaAllah akan berangkat Khamis ini. Moga semua urusan mak di Tanah Suci dipermudahkan. Ameen.
Nota 3: Ramainya orang menjual kuih raya. Saya order sampai tak ingat berapa banyak kerana saya membeli jenis berlainan untuk 3 rumah. Rumah kami, rumah mak dan mertua. 
Nota 4: Lusa suami saya akan menduduki peperiksaan kertas terakhir untuk semester ini...moga berjaya! :D

3 comments:

idasm on Tuesday, August 17, 2010 at 10:47:00 AM GMT+8 said...

ida doakan semuanya berjalan lancar dan diberikan kejayaan cemerlang buat epelhijau dan suami...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Wednesday, August 18, 2010 at 5:46:00 AM GMT+8 said...

moga-moga segala dipermudahkan AM, insya-ALLAH perjalanan yang panjang ini akan tamat tak lama lagi. Moga2 emak Am selamat pergi dan pulang dari tanah suci...AMIN

Nor Ramli on Wednesday, August 18, 2010 at 7:23:00 AM GMT+8 said...

ida: terima kasih...ameen :)
kak Yati: Terima kasih...Ameen...tak sabar nak habiskan kak :)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino