Tuesday, March 16, 2010

Selepas 11 tahun


Saya menerima perkhabaran gembira. Tahniah buat pasangan Molee dan Daniel. Akhirnya, jodoh mereka dipertemukan...selamat diijabkabulkan dan melayari kehidupan suami isteri. Perjalanan mereka sangat panjang...11 tahun 'berjuang' sebelum berjaya meraikan cinta. Saya dan suami tumpang gembira....
Owh ye..kami kerap berjumpa ketika aktif dalam persatuan spinal K9 beberapa tahun lalu. Kini sudah tidak begitu aktif kerana halangan masa dan ruang yang terhad setelah saya dan suami sama-sama melanjutkan pengajian masing-masing. Saya doakan kebahagiaan dan kegembiraan buat pasangan ini. Terlihat kain rentang di dalam gambar majlis mereka..."If there's a wheel...there's a way..." 
Tahniah sekali lagi Molee dan Daniel...! 

6 comments:

Nadia J on Tuesday, March 16, 2010 at 4:32:00 PM GMT+8 said...

tsk. sedih pula membaca keratan akhbar tu.. glad things worked out for them...

Kujie on Wednesday, March 17, 2010 at 8:34:00 PM GMT+8 said...

Moga bahagia ke akhir usia.... seronoknya baca cerita mcm ni..dugaan tu lebih manis

Kerp (Ph.D) on Wednesday, March 17, 2010 at 10:29:00 PM GMT+8 said...

Terima kasih saudari epelijau dan suami. Alhamdulillah hasil berkat kesabaran impian kami tercapai juga. Biar bertahun dugaan melanda, asal niat murni, insyaAllah 'Happy Ending' akan menyusul. Tiada jalan pintas pada kebahagiaan yang berkekalan.

Lagi sekali, terima kasih pada sokongan moral kalian!

Nor Ramli on Wednesday, March 17, 2010 at 11:36:00 PM GMT+8 said...

nadia: alhamdulillah..
kak jie: yupp..yang pahit pasti akan manis akhirnya...
kerp: sama-sama. We went tru it also...truly understand the pain. :)

MamaFaMi on Monday, March 22, 2010 at 8:12:00 AM GMT+8 said...

Tahniah buat pasangan pengantin baru. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Moga berbahagia bersama selamanya....

p/s: Cantik layout blog Am...

Nor Ramli on Monday, March 22, 2010 at 10:03:00 AM GMT+8 said...

yelah mama...kalau dah jodoh tak ke mana..alhamdulillah
terima kasih mama :D...jenuh nak edit sbb tak reti baca html coding...hahahah

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino