Thursday, March 25, 2010

Jual ikan mana boleh jadi kaya


Komputer riba saya mengalami masalah lebih 2 minggu lepas. Oleh kerana itulah, saya tidak menyambung kerja-kerja pembaikan blog ini.

Saya suka menonton cerita melayu dan juga membaca buku bahasa melayu. Saya hanya diserang wabak membaca karya bahasa inggeris ketika saya di awal 20-an kemudian saya kembali kepada kegemaran asal saya. Saya tidak menguasai bahasa inggeris melalui membaca akhbar bahasa inggeris kerana sejak kecil, arwah ayah dan mak melanggan utusan melayu-tulisan jawi.

Oleh kerana saya suka menonton cerita melayu samada drama atau filem, maka saya sering tertanya-tanya akan watak-watak antagonis yang biasanya menjadi sejahat-jahat pembawa fitnah. Sering saya tertanya sendiri, wujudkah manusia yang sebegini di dunia realiti. Mungkin penulis skrip dan pengarah berlebih-lebihan untuk membuatkan ceritanya menjadi lebih hebat untuk ditonton.....

Apabila saya dan adik-beradik yang lain pulang ke kampung, fokus kami hanyalah mak dan arwah apak ketika hayatnya masih ada. Kami tidak begitu 'mengambil tahu' apa yang terjadi di sekeliling kampung kerana secara jujurnya, kecuali adik bongsu kami, kami semua 'membesar' di luar- di asrama sekolah, di universiti dan apabila berkerjaya tiada siapa yang bekerja di Seremban kecuali 1 tahun buat alang dan saya ketika kami menjalani kehidupan sebagai houseman officer selama setahun di Hospital Seremban.

Kisahnya mudah sahaja. 

Abanglong memulakan perusahaan ikan keli di belakang rumah mak hampir 2 tahun dengan modal sendiri. Pengeluaran ikan semakin memberangsangkan. Abanglong juga sudah mula membuat pembiakan sendiri anak ikan di samping mengembangkan perniagaan dengan membina lebih banyak kolam, menyediakan ikan keli salai dan juga menerima tempahan ikan keli siap di masak. Semuanya dilaksanakan dengan cermat kerana setiap sen dikira, tiada subsidi atau bantuan diterima. Saya kira Abanglong dan Along sudah bersabar dengan meneruskan perjuangan mereka untuk membina perniagaan tersebut.

Tiba-tiba, terdengar ayat-ayat keramat dari beberapa orang di kampung....mempertikaikan usaha abanglong dan ayat yang menusuk kalbu adalah seperti tajuk entri saya kali ini. Ianya tajam menghiris hati...membuatkan saya terfikir...rupanya memang wujud watak-watak antagonis seperti di dalam drama atau filem di layar kaca. Semoga Abanglong dan Along tetap tabah dan meneruskan usaha mereka ini. Kata-kata orang tidak pernah melemahkan semangat kita semua selama ini...insyaAllah...untuk kali ini juga.....



3 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, on Friday, March 26, 2010 at 9:17:00 AM GMT+8 said...

Am..ramai orang kampung yang begitulah, ingat lagi ketika habis SPM, seorang mak cik di kampung datang dan beritahu ayah akak."Kahwinkan anak perempuan kau berahim, lepas beban kau. Tak payah bagi dia orang masuk universiti.Menyusah aje anak perempuan ni"
Akak yang mendengar rasa berapi sungguh, setiap kali dia datang, setiap kali itu yang diulangnya berkali2..
oh..nak cerita layanan orang kg terhadap kami masa kecil, memang teruk apatah lagi sejak emak meninggal..bila da besar, berjumpa balik. Mereka peluk2 akak dan berkata."yatie..walau kau dah kaya, kau tak sombong pun." (bila masa akak kayanya..ha.ha).
Walau sudah memaafkan tapi tidak pernah melupakan untuk dijadikan teladan..

Nor Ramli on Friday, March 26, 2010 at 9:33:00 AM GMT+8 said...

Yelah kak yati...dulu-dulu: rambut sama hitam, hati lain-lain2...
sekarang: rambut dah bermacam warna, hati lagilah bermacam ragamnya...
memang betul kak, memaafkan dan melupakan 2 perkara yang sangat berbeza...
ermm..kak yati memang kayakan...hahahaha...ameen...

Raha Kamal said...

Salam.

Ada sorang usahawan menjual ikan dari utara tanahair..
Lori gerak kat bawah (lebuhraya), beliau naik kapal terbang untuk menjual ikan di pasar tani KL/ Selangor..
Sapa kata jual ikan tak boleh kaya?

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino