Thursday, February 25, 2010

Sirah Junjungan


Saya menonton teater buat pertama kalinya semalam. Ianya adalah adaptasi dari Sirah Junjungan naskah Erma Fatima yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Kali ini ia diarahkan oleh Puan Umi Kalsom Ahmad dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Kampus Puncak Perdana. Saya teruja untuk menonton dengan tikey RM5 tapi saya tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa kerana saya tidak pernah menonton teater sebelum ini.
Pementasan teater ini saya anggap sangat berjaya kerana berjaya menyentuh hati untuk benar-benar insaf dan menambah kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Ehem ehem...sekarang saya ingin mengulas watak yang saya rasa memberikan kesan mendalam...
1. Watak Siti Khadijah (yang sentiasa di belakang tabir)- suara yang dilontarkan sangat mengesankan dan tanpa wajah...ianya sangat berjaya untuk membuktikan betapa permaisuri di hati Baginda SAW ini mencintai dan mengkagumi suami beliau.
2. Maisara - hamba yang Siti Khadijah titipkan sebagai pembantu kepada Muhammad SAW ketika rombongan perniagaan ke Syria. Pelakon ini berjaya membuatkan saya menghayati betapa istimewanya Muhammad SAW ketika hati Siti Khadijah terpaut pada baginda.
3. Abu Talib - bapa saudara Muhammad SAW yang tidak sempat beriman walaupun beliau adalah orang yang menyokong dan mempertahankan baginda ketika wahyu diturunkan kepada baginda sehinggalah hari kematiannya. Saya fikir, inilah kehampaan yang paling besar...
4. Hendon - memang dahsyat pemegang watak ini. Bunyi ketawanya sahaja sudah mampu menggambarkan betapa bencinya dia dengan Islam. Hamzah yang sudah tewas di belah dadanya dan dikeluarkan serta dimamah hatinya. Ngeri memikirkan kekejaman manusia...Sampainya hati....segunung tinggi kebenciannya terhadap Hamzah.
5. Bilal bin Rabah - walaupun wajahnya hitam, akan tetapi ketetapan keimanan dan juga semangat juang hamba yang dimerdekakan ini begitu jitu. Suaranya yang merdu mengalunkan azan begitu menusuk kalbu.
5. Narrators- kedua-duanya sangat bagus. 5 bintang saya berikan.
6. Penasyid - MasyaAllah...Subhanallah...merdu sungguh suara mereka dengan penghayatan yang begitu mendalam mintak sainnnn..hehehe

Apa yang saya kurang gemar:
1. Pada permulaan pementasan, Asmaul Husna dialunkan sebagai pembuka tirai. Saya adalah peminat Siti Nurhaliza...ianya tidak dapat disangkal lagi walaupun saya selalu keliru dengan penampilannya sekarang. Akan tetapi untuk suatu produksi ini luahan hati ye...huhu sebegini, saya merasakan tidak sesuai ianya dialunkan oleh Siti. Memang benar Siti adalah penyanyi yang dinobatkan terbaik di Malaysia setakat ini. Untuk mengalunkan Asmaul Husna, ketepatan sebutan adalah terminal!! Penting!! Tiada kompromi!! Siti gagal disitu. Saya lebih suka jika penasyid yang mengalunkan Asmaul Husna ini...Suara pelakon Bilal Bin Rabah juga sangat merdu...mungkin Bilal lebih sesuai untuk alunan ini berbanding Siti. Maaf ye Siti...Anda mungkin tidak membaca blog ini tetapi saya mengharapkan anda memperbaiki ini.
2. Sesi selawat di hujung pementasan- sekeping kertas bercetak selawat/ pancaran melalui LCD projektor mungkin dapat membantu hadirin yang tidak pasti selawat berzanji yang mana yang dialunkan oleh penasyid.

Selain itu, semuanya bagus. Tahniah dan syabas buat tenaga kerja produksi bawah bimbingan Puan Umi Kalsom Ahmad. Moga lebih banyak pementasan sebegini di UiTM di hatiku ini.

Pengajaran yang saya perolehi:
1. Dugaan yang diterima untuk Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga baginda tika ingin berdakwah dan menegakkan agama Islam bukanlah sesuatu yang ringan. Namun semangat jihad hasil keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah telah membantu mereka.
Ujian dilalui dengan tenang, kesenangan dilalui dengan kesyukuran.
Maka nikmat Allah yang mana yang engkau dustakan?
2. Keimanan tidak akan datang tanpa ujian...taqwa bukanlah barang jajaan.
3. Islam tidak menyerang tanpa sebab. Islam melawan apabila ditindas dan diserang. Perang badar dan uhud bukti terpenting yang sengaja dipadamkan dari sejarah kaum musyrikin sehingga ke hari ini bagi menghalalkan tuduhan terrorist mereka terhadap org Islam.
4. Al Quran dan Hadis....petunjuk sepanjang jalan.

Saya mendoakan agar barisan produksi Sirah Junjungan ini diberikan balasan kebaikan di dunia dan akhirat. Tahniah sekali lagi!

Nota 1: Terima kasih buat suami tersayang kerana memberi keizinan..bukan sahaja untuk menonton teater malahan untuk bermalam di rumah adik-adik di Puncak Alam kerana pementasan tamat hampir jam 11 malam.
Nota 2: Terima kasih buat Daya, Senah dan Bib kerana membenarkan saya menumpang teduh tidur di rumah mereka malam semalam.
Nota 3: Saya semangat hari ini!

5 comments:

[wANidA] on Thursday, February 25, 2010 at 11:16:00 AM GMT+8 said...

sape kate kasik tumpang? aku charge nnt. tggu bil ujung bulan. nnt aku anta ke mu n ira. tp aku kire ira ptt bayar lg mahal. sbb dia gune toilet lg lama. cis. membazir air rumah aku!

[wANidA] on Thursday, February 25, 2010 at 11:57:00 AM GMT+8 said...

owh. lg satu lupe. gambo pentas itu aku charge rm50 sekeping. smlm mu baya 50sen. utang lg rm49.50. aku tuntut.

Nor Ramli on Thursday, February 25, 2010 at 12:08:00 PM GMT+8 said...

haa...habes dah mu charge? ada apa2 lagi..kalau aku dijemput kembali..mu tuntutlah dari ahli keluarga aku eh...huhu

Nadia J on Tuesday, March 16, 2010 at 4:37:00 PM GMT+8 said...

kak am, kaler font ni mcm x berapa sesuai la dgn background. susah nak bace..

Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi maklum balas berkenaan dengan teater Sirah Junjungan yang dipersembahkan oleh peljar UiTM Kampus Puncak Perdana.
Saya dan yang lain amat menghargai. Maad kerana lewat untuk membaca coretan anda ini. Walau bagaimanapun terima kasih atas sokongan anda. Kalau kesempatan datanglah melihat persembahan yang dipentaskan oleh para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino