Friday, July 03, 2009

Serangan panik


1. Saya dilanda panik. Jangan tanya mengapa (macamlah ada orang ingin mengetahui). Cuma yang pastinya, adrenalin saya keluar ikut suka hati sendiri. Bayangkan ketika sedang makan nasi tengahari tadi yang lauk dan nasinya Aini yang berikan saya boleh berpeluh-peluh dan berdebar-debar. Serasa ingin berlari naik ke makmal dan duduk menaip perkataan-perkataan di dalam dokumen word yang belum siap itu sehingga selesai tanpa mahu memikirkan untuk balik rumah dan tidur ayam sahaja di depan komputer riba ini. AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!2. Saya menjadi sangat 'visualistik'. Contoh: Peristiwa ini berlaku petang tadi apabila Dayah bertanya kepada Aini cara-cara mengisi air bateri kereta. Spontan saya ketawa kerana terbayang di fikiran saya Dayah meletakkan penyedut minuman di dalam botol air bateri dan menyuakannya kepada bateri kereta untuk disedut air bateri tersebut.

3. Saya tiba-tiba mengajak semua orang untuk pergi minum kopi pada pukul 3.30 petang di saat hanya saya, Aini dan Sipasonic tidak berpuasa pada hari ini. Mujur tidak dibaling dengan pemegang sample DSC ataupun lebih hebat lagi dengan penutup gas nitrogen yang berupa besi padu berbentuk suppositori atau dimasukkan ke dalam oven pada suhu 260 darjah 5 orkid itu kelas saya pada tahun 1988...ermm..maksud saya darjah selsius. Saya insaf akhirnya setelah selesai makan roti bakar dan minum kopi C di kedai kopi yang namanya dirahsiakan supaya apabila sifu pulang dari Eropah nanti, tiada siapa boleh memberitahu dia yang saya mempengaruhi semua orang untuk ke kedai kopi dan makan roti kaya yang sedap itu pada saat mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan eksperimen.4.Otak saya sedang sangat aktif dan tidak mahu berhenti berfikir walaupun saya sudah padamkan lampu dan cuba berbaring sambil melelapkan mata di samping suami yang sudah lena dan mungkin dalam perjalanan pulang dari bercuti di tepi pantai dalam mimpi indahnya. Saya pula, setelah lama menanti mimpi indah yang tersekat di jalan yang sedang sesak teruk entah di negeri antah berantah yang mana satu agaknya, saya akhirnya bangun dan menaip entri ini selepas melakukan beberapa perkara untuk mencari ketenangan.
Kenapa dengan saya ini? Saya mahu tidur!! Owhhh!! Saya tahu mengapa...sila rujuk perenggan yang ada nombor 3 dihadapannya...ayat yang sangat bermakna sehingga saya rasa sebak dan sayu menulisnya..Sifu pulang dari Eropah...yaaa...saya panik kerana kerja saya belum siap...hahahaha.....belasah juga si epel ni nanti. Dah..gi siapkan penulisan itu! Pergi!!

3 comments:

Abang Long on Friday, July 3, 2009 at 4:08:00 AM GMT+8 said...

Mudah untuk panik ?

Ada ubatnya ?

Haizamz on Tuesday, July 7, 2009 at 12:19:00 AM GMT+8 said...

Salam,

Semoga tabah menyelesaikan tugasan harian. Insyaallah kejayaan milikmu jua. Seronok baca pengalaman orang further study ni...Saya cuba mencari kekuatan diri untuk sambung selepas hampir 6 tahun abis M.Ed. Insyaallah, saye doakan semoga berjaya dengan cemerlang dan tabah serta sabar selalu.

suara on Thursday, July 9, 2009 at 1:18:00 PM GMT+8 said...

Salam.
Kalau kak su panik, biasanya perut akan memulas nak buang air besar... huhuhu...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino