Monday, April 21, 2008

SELAMAT TINGGAL


Ini kisah benar ahli keluarga rapat kami. Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama satu tahun empat bulan telah nekad untuk memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah. Perit untuk ditelan si isteri. Kasihan dia. Saban hari menangis dan menangis. Mungkin benar, bukan silap keduanya sekali, namun si isteri perlu tabah. Teringat luahan hatinya pada saya, "saya takut..takut untuk memegang gelaran itu..hinanya saya nanti di mata masyarakat."
Saya dan suami hanya mampu memohon padaNya. Moga diberikan kekuatan untuk dia menempuhi jalanan berliku dan membina kehidupan baru selepas ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Moga dia tabah.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino