Monday, April 21, 2008

PESTA BUKU


Saban tahun saya akan berpeluang ke pesta buku untuk memilih buku bagi kegunaan fakulti. Itu kisah 4 setiap tahun semenjak empat tahun lepas. Tahun ini adalah tahun pertama saya tidak ke pesta buku atas kapasiti 'pemilih buku'. Seronok memilih dan meletakkannya di rak FF, UiTM kerana bajetnya seolah tiada had. Apa sahaja boleh dipilih. Wah..bahagianya. Itu dulu, kisah tahun-tahun saya berada dalam perkhidmatan.

Kisah tahun ini...
Saya dan suami beserta dua orang anak sepupu ke pesta buku pada hari terakhirnya, 13 April 2008. Walaupun sukar kerana kemudahan untuk OKU di PWTC agak terbatas, ruang letak kereta khas pun tidak disediakan, namun alhamdulillah, dapat juga kami meletakkan kereta di tempat yang agak selesa.

Saya merancang perbelanjaan untuk buku. Saya mengumpul duit untuk tujuan itu. Saya dan suami pada asasnya mempunyai minat terhadap buku yang berbeza. Agak ganjil, kali ini kami berjaya mencapai persetujuan bersama untuk buku-buku yang dipilih walaupun dominasi pemilihan buku dilakukan oleh saya dan saya hanya perlu menunjukkan buku pada suami dan pasti suami saya akan mengangguk. Hihihi...

Akhirnya 20 tajuk terhimpun. Pembelian paling tinggi nilainya di booth PTS. Cabaran besar untuk sampai ke sana, laluannya berbukit bukau berlembah bagai. Hihihi..lenguh tangan suami saya mengawal pusingan roda wc dan juga tangan saya mengawal kelajuan wc agar tidak tersasar. Puan Sifu menegur dari belakang. Tak sangka Puan Sifu mengingati saya lagi. Soalan lazim Puan Sifu...mana bukunya? Lihat ni ramai sungguh orang kita mencari buku...Bersinar sungguh mata Puan Sifu laksana himpunan bintang tujuh seperti yang digambarkan di dalam Edensor.

Saya hanya tersipu-sipu. Dengan izin Allah. Moga dipermudahkan urusan saya. Sekembali dari pesta buku, saya diserang migraine. Akibat terlalu bersesak dan suasana yang agak 'panas'. Esoknya, saya ponteng dari ke makmal. Sampai waktu asar kepala saya ting tong. Hihihi...penangan pesta buku.

3 comments:

zlaa on Tuesday, April 22, 2008 at 1:23:00 AM GMT+8 said...

Epel, akak pun kalau balik dari Pesta Buku pun ting-tong. Tak tahan panas bersesak-sesak. Bila fikir suasana tu macam malas nak pergi tapi, bila fikir balik bukan selalu dapat peluang ke Pesta Buku, gagahkan diri juga untuk pergi.

Awwa on Tuesday, April 22, 2008 at 9:01:00 AM GMT+8 said...

hati teringin nak p tp tiada kemudahan utk oku kat situ..sekarang ni kalau nak baca buku suruh abe pinjam aje kat perpustakaan..banyak sangat tak terbaca novel pun ada senang tak payah beli hihihi........

Nor Ramli on Tuesday, April 22, 2008 at 9:18:00 AM GMT+8 said...

Kak Zlaa..
Tulah..excited punya pasal..beli buku rasa lebih puas dari beli kasut/handbag..hahahah...stok buku 3,4 bulan tu..

Kak Awwa..
Tulah..agak susah..mungkin dah tiba masanya buat di tempat lain..wahh...banyak novel ye..baca jangan tak baca kak... :)

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino