Wednesday, January 09, 2008

Label ubat ,polifarmasi dan pengubatan sendiri..


Apabila kita diserang sakit dan berasa tidak sedap badan, biasanya kita akan ke hospital atau ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Malahan kini, premis farmasi komuniti juga sering menjadi destinasi. seringkali kita dibekalkan ubat-ubatan yang dilabel dengan tulisan tangan di atas plastik putih/jernih berlogo klinik tersebut lengkap dengan alamat. Kadang-kala disertakan sepotong hadis atau kata-kata hikmat contohnya:
"Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati"

Apakah maklumat yang perlu ada di atas label?
1. Nama yang lengkap beserta alamat hospital/farmasi yang membekalkan ubatan tersebut.
2. Nama umum bentuk dos (contoh: tablet, kapsul, sirap atau ubat titis mata)
3. Kadar kandungan dos ubat tersebut (contoh: paracetamol 500mg/tablet)
4. Nama pesakit
5. Arahan penggunaan (Diambil selepas makan setiap 8 jam atau diambil sebelum makan setaip 6 jam)
7. Tarikh ubat di dispens (diberikan kepada pesakit)
8. Tarikh luput ubat
9. Nama/ID Pharmacist/Dispenser
10. Arahan penggunaan tambahan yang releven (contohnya: Antibiotik: sila habiskan sediaan untuk melengkapkan terapi)

Nampak banyaknya maklumat utk label yang kecilkan.
Akan tetapi setiap maklumat yang perlu disediakan itu adalah amat penting. Ini kerana tanpa maklumat-maklumat tersebut, pesakit tidak mendapat informasi yang sepatutnya.

Kajian kes:
Puan Suria ke Klinik Seri Pagi di Bandar Seri Suria kerana demam selesema yang sudah berlanjutan sejak 3 hari. Dipendekkan cerita, Puan Suria kemudiannya dibekalkan dengan ubatan beserta arahan verbal daripada pembantu klinik yang majoritinya tidak mendapat latihan sebagai pembantu farmasi pun berikut:
1. "Ini pil warna putih ni ubat demam (paracetamol 500mg). Puan ambil 2 biji, 4 kali sehari lepas makan"
2. "Yang pil kuning kecil-kecil ni untuk selesema (chlorpeniramine 4 mg). Sama jugak lepas makan, 3 kali sehari, ubat ni mengantuk ye Puan. ubat yang mengantuk ye..bukan puan Suria
3. Ini antibiotik, sebiji 2 kali sehari sebelum makan. Puan perlu habiskan semua ubat ni ye. (Selalunya antibiotik diberikan eritromisin, amoksisilin dan beberapa jenis lagi yang popular)
3. Ini ubat sakit tekak, hisap 3 kali sehari (lozenges).
4. Ini pula ubat batuk, 1 sudu besar (tak kiralah sudu sup ke, sudu makan ke atau sudu-sudu kaca yang buat makan bubur tu) 3 kali sehari selepas makan.(selalunya mengandungi dekstrometorfan)
5. Ini vitamin C untuk ketahanan badan untuk saya tambahkan jumlah bil yang puan perlu bayar

Kebiasaannya mengikut pemerhatian saya melainkan klinik/hospital itu menggunakan label dijanakan komputer yang dilengkapi perisian untuk membuat label, maka label akan menjadi sangat ringkas dan tidak informatif. Jarang sekali diletakkan nama generik ubat yang dibekalkan dan digantikan dengan nama 'DEMAM', 'SELESEMA', 'BATUK', 'SAKIT KEPALA', 'DARAH TINGGI', 'KENCING MANIS' dan sebagainya.
Nama generik dengan bahasa mudahnya adalah nama yang diketahui semua. Tidak dimiliki oleh sesiapa.
Contoh yang paling mudah : Paracetamol (nama generik) dan PANADOL (nama jenama).

Berbalik pada kes puan Suria tadi. Selepas 2 minggu puan Suria yang sudah sembuh dari demamnya 2 hari lepas makan ubat tadi mengalami pula sakit kepala dan kulit beliau gatal-gatal dan ada bintik-bintik merah akibat alahan pada racun penyembur serangga. Klinik yang sama juga puan Suria kunjungi dan diberikan pula ubat beserta arahan verbal berikut oleh pembantu klinik yang sama.

1. Ini pil warna biru ni ubat sakit kepala, 2 biji 4 kali sehari (paracetamol 500 mg-jenama berlainan, lainlah warna dan bentuknya)
2. Ini pula ubat untuk gatal-gatal, sebiji 3 kali sehari (chlorpheniramine 4 mg)

Selepas 3 minggu, puan Suria diserang demam beserta selesema, sakit kepala yang teruk dan juga alahan kerana tersilap guna sabun mandi. Kulitnya merah-merah dan gatal-gatal sama seperti kes 3 minggu lepas.

Puan Suria mengambil keputusan untuk tidak ke klinik lagi. Ini kerana ubat yang dulu masih ada lagi.

Hasilnya puan Suria mengambil:
2 biji ubat demam (1000mg paracetamol)
2 biji ubat sakit kepala (1000 mg paracetamol)
sebiji ubat selesema (4 mg chlorpheniramine)
sebiji ubat gatal (4 mg chlorpheniramine)
ubat batuk
antibiotik (yang tidak dihabiskan kerana puan Suria mengalami masalah komplians terhadap rawatan)

Jika dikirakan dos yang diambil puan Suria, 8g paracetamol 24mg chlorpheniramine.
Tak bangunlah nampaknya puan Suria ni kerana terlebih dos. Keracunan paracetamol boleh berlaku dengan dos melebihi 10g sekali diambil ataupun untuk 24 jam.

Inilah yang dinamakan polifarmasi. Pengambilan ubatan yang pelbagai tanpa mengetahui kesan sebenar ubatan tersebut oleh pesakit. Puan Suria juga melakukan pengubatan sendiri melalui simptom yang beliau agak bertepatan dengan kejadian sebelumnya. Walaupun masyarakat kini lebih berhati-hati dengan penggunaan ubatan dan kesannya, akan tetapi, sekiranya kesedaran masyarakat masih kurang, polifarmasi akan tetap berlarutan dan yang lebih merunsingkan ialah andainya ianya boleh mendatangkan bahaya kepada para pengamalnya samada yang sedar atau tidak sedar.

Antara kesan buruk polifarmasi.
1. Keracunan sekiranya ubat yang sama diambil dalam kuantiti yang lebih seperti kes puan Suria.
2. Pengambilan 2 jenis ubat yang mendatangkan konflik. Contohnya, ubat A boleh mengurangkan aktiviti fungsi hati, diambil bersama ubat B yang hanya bertindak selepas dimetabolismekan oleh enzim di hati. Ini akan menyebabkan ubat B tidak mampu memberikan kesan terapeutik akibat tiada/kurang proses metabolisme berlaku,
3. Pengubatan sendiri yang dilakukan boleh menyebabkan berlaku kesan sampingan yang tidak diingini seperti kejutan sistem pernafasan yang boleh membawa maut.
4. Ketidaktepatan ubat yang digunakan dengan simptom yang berlaku kali kedua dan menyebabkan pesakit tidak sembuh dan mungkin simptom berlarutan dan menjadi lebih kronik.

Tips:
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh meminta maklumat tambahan berikut untuk setiap jenis ubatan yang didispenskan untuk anda:
1. nama generik ubat/bahan aktif ubat beserta kekuatan dosnya.
2. tarikh luput ubat tersebut
3. sekiranya ianya adalah dalam bentuk cecair, minta maklumat jumlah isipadu yang perlu diambil, contohnya 10mL atau 5 mL. Ini sangat penting terutama bagi anak-anak kecil.
4. sekiranya ia ubat titis mata/hidung/telinga, pastikan tarikh luput selepas ianya dibuka. Ubat titis mata disediakan dalam keadaan steril, tarikh luput selepas ubatan dibuka dan digunakan adalah lebih pendek, biasanya 2-4 minggu.

*Semoga artikel ringkas ini dapat memberikan manfaat buat semua. Aku sebenarnya sedang berusaha mengatasi tekanan dengan menulis. Alat yang dah sembuh 2 hari lepas sakit semula. Kali ni kelihatan seperti lebih kronik dari kali pertama. Moga Allah memudahkan urusanku..ameen.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino