Tuesday, December 04, 2007

Sup Panas


Semalam dapat call dari kakak di puchong..

'Ni saja nak bagitahu...arif melecur kena sup panas...'

Tergamam aku dibuatnya...

'Kalau u free datanglah kejap tengahari ni..kaklang kata tak payah bawak gi klinik, bersihkan dan sapu jel gamat je.' Kaklang aku pakar tabib kanak-kanak di HUSM.

Betul gak..kalau pi klinik pun sama je..or worse if klinik tu takde staf yang betul-betul tahu apa yang perlu dilakukan..makin teruk luka tu nanti...

Lepas discussion dengan supervisor pagi semalam, aku maklumkan pada sifu yang aku perlu ziarah anak sedara yang ditimpa kemalangan. Si fu angguk dan kata 'ok'.

Aku pun gi ziarah Arif. Ni gambar arif masa sihat..tak sampai hati aku nak amik gambar waktu dia sakit-sakit nih.

Masa sampai dia sedang tidur..pucat mukanya...dan memang agak teruklah melecur di paha kirinya...alhamdulillah tak kena di bahagian sulit...memang penuh bahagian peha kiri...lebih kurang sejengkal orang dewasa panjangnya kawasan tu.

Adik-adiknya yang bertiga bising bercerita kisah abang arif kena sup. Macam-macam versi...yang aku pasti dan yakin...ada hikmahnya nih...

Bila arif terjaga dia minta disapukan jeli lagi. Satu panduan menjaga luka samada luka terbakar, terpotong dan sebagainya adalah ianya perlu dilembapkan. Bila lapisan kulit kita terkoyak/tercedera, air akan hilang dengan banyaknya dari cell...penyembuhan akan menjadi lebih perlahan.

Lama aku berfikir. Projek PhD aku ada kaitan dengan luka dan penyembuhan. Aku kerja dengan tikus. Sebab tu kadang-kadang lama tak update sebab berkejar menjaga tikus, buat monitoring, buat treatment..dan aku takde cuti weekends...bila keje dengan tikus bermula maknanya takleh ke mana-mana. Dan keje dengan tikus akan bermula semula selepas aku tamatkan 4 hari sebelum raya tempoh hari.

Arif tanya aku...'makteh, camni ke makteh buat kat tikus makteh tu?'

Aku diam je....Tatau nak jawab apa. Kesian anak sedara aku..mesti sakit...sama macam aku buat kat tikus-tikus tu....tapi aku takleh simpati pada tikus-tikus aku. Their lives are meant to be devoted for research....truly for research..aku takleh kesian..takleh simpati...cumanya..aku perlu berhati-hati ketika buat procedure...ermmm...moga Allah mudahkan kerja-kerja aku. Ameen.


0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino