Monday, December 03, 2007

"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"


Aku sedang bersiap untuk ke lab pagi ni bila banyak kali terdengar perkataan 'maut, dikebumikan..LIMA...LIMA...LIMA...
Tanya pada hubby...hubby maklumkan berita ini..yang sangat menyayat hati..perlukah semua ini dilakukan? Perlukan diteruskan? Adakah Yang Maha Esa cuba menyampaikan sesuatu?
"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan""

Ada juga lagi beberapa perkara yang berlaku yang menggusarkan hatiku ini. Hiburan melampau, nilai Islam yang makin menyusut..Sampaikan majlis meraikan para graduan juga penuh dengan nyanyian dan unsur hiburan? Bilakah akan adanya perubahan? Ermm...aku pandang dua belah tanganku...mampukan aku? Biarlah aku fikirkan sendiri..Jika terlalu banyak perkara lagha dalam sesuatu masyarakat tu..jika Allah nak turunkan ujian..bukan pada si pelakunya sahaja..malahan pada semua... "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"

Moga roh para penerjun ini dirahmatiNya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. Al Fatihah...

'petikan dari Berita Harian online'
3 penerjun raptai Lima maut
Oleh Abdul Razak Raaff dan Hamzah Osman


PENDARATAN TERSASAR: Seorang penerjun terbaring kesakitan selepas terjatuh berhampiran tempat letak pesawat ketika membuat penerjunan pada raptai penuh menjelang perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (Lima 2007) esok.



20 tersasar jatuh ke dalam laut, tersangkut di pokok

LANGKAWI: Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita maut manakala 11 lagi cedera selepas terjunan mereka tersasar, ketika menjalani latihan untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi (Lima 2007), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, Prebet Nurul Wahida Mohamad Yunus, 20; Renjer Siti Hajar Yakub, 24; dan anggota lelaki, Trouper Raimon Duncan, 25, terbunuh dipercayai lemas selepas terjatuh ke laut berhampiran Pantai Cenang.



Semua mereka ialah daripada Pasukan 10 Briged Para Kem Terendak, Melaka. Ketika kejadian, mereka adalah antara 138 anggota pasukan itu yang menjalani latihan untuk membuat pertunjukan sempena pembukaan Lima 2007, esok.

Nurul Wahida yang berasal dari Tanjung Malim, Perak menganggotai Pasukan 17 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia Para; Siti Hajar dari Masjid Tanah, Melaka adalah anggota 8 Renjer Para manakala Raimon dari Simunjan, Sarawak ialah daripada Skuadron Armour Para.

Dua lagi anggota wanita, Suraya Ali, 23, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi manakala Zaliza Zakaria, 23, dibawa ke ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah menggunakan helikopter petang semalam, selepas parah apabila tulang rusuk mereka patah dan tertusuk ke paru-paru.


JODOH TAK SAMPAI: Siti Hajar bersama tunangnya Abdul Suffi dijadual melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan.


Sementara itu, lima lagi anggota yang cedera dipercayai wanita manakala empat yang lain lelaki. Kebanyakan mereka cedera ringan dan mengalami patah tulang tetapi keadaan mereka tidak membimbangkan.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata Siti Hajar terkorban di tempat kejadian manakala Nurul Wahida dan Raiman disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi.

Katanya, semua mangsa yang berpengalaman luas dan sudah banyak kali melakukan terjunan adalah sebahagian daripada 138 anggota Pasukan 10 Briged Para Kem Terendak, yang menjalani latihan simulasi demonstrasi operasi mengambil alih semula lapangan terbang.

"Mereka sebelum itu menaiki dua pesawat C-130 milik TUDM untuk terjunan dari ketinggian 300 meter dengan kelajuan angin ketika itu ialah kira-kira lapan knot. Mereka juga sudah memenuhi semua langkah keselamatan.


BERNASIB BAIK: Seorang penerjun yang cedera dibawa ke hospital.

"Bagaimanapun, 20 daripada mereka tersasar daripada lokasi pendaratan yang ditetapkan dengan ada yang terjatuh ke laut atau tersangkut di pokok," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Hadir sama, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Daripada jumlah itu, 14 dikatakan jatuh ke laut manakala selebihnya tersangkut di pokok selepas tersasar kira-kira 100 meter daripada lokasi sebenar pendaratan. Semua mereka kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Azizan berkata, punca kemalangan itu masih belum diketahui dan Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyiasat perkara itu walaupun ketika kejadian, keadaan angin adalah tidak menentu.

"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kejadian dan siasatan terperinci perlu dilakukan," katanya.

Angin kencang sejurus selepas anggota itu membuat terjunan dari pesawat menyebabkan ada yang tersasar dan jatuh ke laut di Pantai Cenang atau beberapa tempat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Katanya, jenazah semua mangsa akan dibawa pulang ke kampung masing-masing dengan pesawat TUDM secepat mungkin selepas bedah siasat selesai. Sementara itu, jenazah ketiga-tiga mangsa tiba di Pangkalan TUDM di Subang, jam 11.25 malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, turut berada di sana menunggu ketibaan ketiga-tiga jenazah berkenaan.

Sepuluh minit kemudian jenazah Nurul dan Siti dibawa menaiki van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk dihantar ke kampung halaman masing-masing di Melaka dan Tanjung Malim

Pada jam 12 tengah malam pula mayat Raimon dibawa menaiki pesawat M30-12 untuk ke Kuching.

1 comments:

arsaili on Monday, December 3, 2007 at 11:34:00 AM GMT+8 said...

salam..itu la terbaca gak..Al-Fatihah dan takziah buat arwah2 dan juga mendiang

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino