Thursday, December 13, 2007

Konvoi di Elite


Hari Selasa..
Aku balik Seremban dengan along, acik n uda untuk ziarah pusara arwah apak...
Hubby keje sbb alamat opis hubby area KL..in fact, yang dah bersuami kecuali uda semuanya keseorangan sebab hubby masing-masing keje..
Dalam perjalanan masa di hi way Elite, aku perati kat cermin pandang belakang ada siren motor polis menyala-nyala...ada konvoi bas...Aku dah berteka-teki dalam hati..sapa plak nih...
Aku dah gak memang alahan kalau kenderaan di eskot oleh polis...susah nak xplain perasaannya cemana tapi aku rasa insecure..
Aku pun ketepilah bila polis bermotor dah start hayun-hayun tangan suruh ke tepi.
Sambil memperlahankan kenderaan, aku cuba gak tinjau-tinjau..sapa yg ada dalam bas ni...bila aku tinjau lagi cermin..aik...ambulans pun ada...dalam fikiran aku terpikir...ni bas bawak rombongan artis tersohor gi mana-mana ke? Dulu penah aku tertahan tengah jalan sebab rombongan chit porah chat Azuwan Ali nak ke royal adelphi kat seremban...
Aku memang bawak slow dah kereta...nampak plak bayangan-bayangan peserta-peserta rombongan tu kebanyakannya berbusana berwarna putih...
Akhirnya ada sebuah van yang di belah belakang sekali ada signage ' for Haj Flights only'
AllahuAkbar!!
AllahuAkbar!!
AllahuAkbar!!
MasyaAllah..Subhanallah....Rombongan dari Kelana Jaya ke KLIA rupanya...
Aku tak tahu kenapa aku terus menangis teresak-esak...sayunya hati aku...
Apa yang aku fikir waktu tu?
Moga Allah permudahkan urusan rezeki aku..moga cepat aku mendapat 'tiket jemputan' ke Baitullah...menjadi tetamuNya...menunaikan tanggungjawabku...ameen....
Subhanallah...Subhnallah...Subhanallah...
Teringat sms yang diterima dari Farah Butt (former coursemate at KCL) seminggu selepas Raya baru ni " Assalamoalaikum Nor, it's official! Subhanallah, I'M GOING HAJJ THIS YEAR! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdullillah.."
Doaku untuk semua bakal haji seluruh dunia....Semoga dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna..dan diterima amalan mereka oleh Yang Maha Pencipta.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino