Monday, March 12, 2007

Sehari yang serba tak kena....


Ahad, seperti biasa..again..since the last 2 months, aku temankan hubby gi blajo driving..utk kelas terakhir sebelum test esok pagi..hihihi...kelas akhir ni...mcm2 jadi. Aku sampai dah tak tahu nak kata apa dah. Semuanya serba tak kena....

Pertama: Since kereta kami sendiri yang akan digunakan untuk mengambil ujian pagi esoknya, so the reverse parking space tu perlu dibuka dan dibesarkan sbb yang standard size kat tapak ujian tu cuma sesuai utk kereta kancil. Biasanya Mr Andy, driving instructor (DI) akan luaskan sket kawasan parking tu..tp pagi smlm, hubby asyik nak langgar tiang...hmm..aku dah bedebak bedebuk dah...cemana tak panik..bila hubby dok buat training tu..aku duduk kat seat belakang...hahahahhaah...membising je..itulah...inilah...pastu DI tu kata..side mirror tu ok tak? Kan bule tengok...

Hubby dengan selambanya kata.."laaa...kena guna side mirror ke???"
Aku plak.."abang!!! kan dah kata...selama ni abang guna apa bende nak tgk line sume2 tu..??"
Hubby balas lagi..."agak2 je.."

huwargghhhhhhhh...aku jerit...ade ke patut...tahap kerisauan aku dah maksimum dah...dahlah aku tak sedap badan. Macam2 benda aku pk...kalau fail...cemana? nak kena amik lagi sekali...TIDAK!!! (chewahhh..aku dulu amik 2 kali gak apa..sbbnya? melawan tester kat bukit...hahahahahah)

Pastu: hubby ada mock test plak. Mentara tu aku duduk kat tempat menunggu sbb DI kata...jangan ikut..kang sampai ke esok waktu test pun u nak ikut...heheheheh...

Sementara tunggu tu aku duduk jelah sambil baca buku cerita..ni hobby aku jugak..typical hobby-reading story book..hahahah...

Apa yang aku nak highlight ni..masa aku duduk tu adalah DI dari driving school lain. Sebangsa denganku dok bagi briefing kat anak-anak murid dia yg akan amik test gak pagi esoknya. Bila nampak kete kami lalu, DI tu dengan kuat dan penuh bangganya suara dia...berkata..
"Haaa!! kalau guna kete sendiri macam tu...utk orang cacat...ko gunalah kete apapun...kete merc ke honda ke BMW ke..." aku dah tersentak...dengan perkataan cacat tu dan juga intonasi DI tu tapi aku menten diam je. Aik..dia sambung lagi...

" Cacat ni ada macam2 jenis..ada yang kaki pendek sebelah..ada yang tangan panjang sebelah...jadinya..orang cacat ni..bila dia nak beli kete..dia dah siap2 dah bgtau kat pembekal tu apa jenis kecacatan dia dan syarikat kete tu dah tau dah apa jenis ubahsuai yang perlu...nak guna tangan ke..guna kepala ke apa..." aku dah makin tersentak...dahlah maklumat salah...aku hantar email kat customer service To__ta masa nak ubahsuai kete dulu sampai skrg ni tak berbalas selepas diorang balas email aku kali pertama dulu....dahlah cakap kuat2 plak tu!! Sengal punya orang..sesambil menimbang2 samada nak buat public correction utk statement dia ni atau nak slow talk ngan mamat DI ni...dia sambung lagi...

" Dulu ada sorg pompuan ni..cacat jugaklah...peha dia besar...pastu sebelah pendek..sebelah lagi macam tajam...peguam tapinya...amik lesen kete gak...tengok dalam kete memang biasa,...bila keluar kete...alaaa...sian betul..." aku toleh tengok kat DI mangkuk hayon ni....mulut aku ni dah bergerak2 dah nak susun ayat....aikk...dia sambung lagi

" Yelah kan...orang cacat mcm tu...susahlah orang normal sihat macam kita ni nak terima sebagai pasangan hidup..."

Huuhhhh!!! Otak aku terus menaakul..biarlah mamat mangkuk hayun sengal nak ma_p_s ni dengan pemikiran dia. Aku malas nak betulkan ke apa ke..sebab adegan sebentar tadi adalah adegan dia nak mewar2kan kebengapan dia kepada umum. People might be impressed with his statements...but for me...naa-ahhh....he's aint that smart..but yes...he's kind of not that smart.

Balik dari belajar memandu, kami ke lab aku kejap...tikus2 ada menunggu utk diberi makan dan disalin saw dust nya..pastu kami ke TESCO...makan2..

Masa nak makan ni, pelayan kat restoran kami nak makan ni dah letakkan menu atas meja yang dia pilih waktu kami masuk ke premis tu tapi hubby tak selesa dengan tempat tu sebab kat luar sket so hubby ajak masuk dalam sket and duduk kat meja yang kami pilih...si pelayan ni dengan muka masam, amik menu tu dan letak atas meja kami, satu landing ok atas meja, satu lagi dia macam layangkan je atas meja...wahhhh...ni sudah lebih...dia kemudian bagi arahan kat staf dia (supervisor rupanyaaa...) amik order kat meja 5. Wah wah wahhhhh...since aku malas nak panjang2kan cite..hahahah...meh kita hantar customer feedback ke customer service. They dont have it in the restaurant but I managed to send my feedback kat website restaurant nasik ayam fofular ni...hahahah....

Pastu aku naik atas sebab nak beli few things termasuklah pam tayar utk wheelchair hubby. Wheelchair lama tayar dia ala2 hidup tapi tak payah pam..tapi yang baru ni..kena pam angin plak. Nak beli mcm yg lama tu dia tak berapa comfortable sbb adalah reka bentuk yang tak berapa kena. Ni pun another hectic experience...

Selingan...ni kuda-zirafah yang aku sangkut kat handbag...hihih...cik senyum yang bagi...adiah dari paris..raya2 dia gi paris...hihihi..cik senyum...cik senyumm....

Aku tunggu hampir 15 minutes untuk diorg cari harga pam tayar tu tapi nothing..last2 cashier yg dok membebel dlm bahasa ibunda dia yang aku tak faham sebijik pun tanpa amik apa2 initiatif. Aku pun malas gak nak panjang2kan benda ni sebab aku dah hantar maklumbls pelanggan kepada pengurusan TESCO. Maklumbalas dalam masa 14 hari. Kita tunggu!!!

Hmm...bila masuk dalam kete, aku cakap ngan hubby..banyaknya benda yg tak menyenangkan berlaku hari ni. Aku pk2 sorg2...agaknya aku buat dosa banyak kot sepanjang hari ni atau minggu ni...hmm...Astaghfirullah..Ampunkan hambaMu ini ya Allah...Hubby kata...takdelah..kan biasa macam tu. Allah nak uji. yang penting, kita kena sabar je dan tenang. Jangan kalah pada tekanan..hihihi...aku ni belum apa2 dah kalah...cemana ni?

Balik rumah..badan aku rasa semacam...tekak sakit..idung berair and pedih...baru baik dah demam..dah demam balik...So pas solat zuhur..aku landing atas katil pas pekena PCM 2 bijik.

Bangun tu dah nak asar..pas solat sume..aku ajak hubby basuh kete..kete dah mcm apa je...hahahah...pas basuh kete, aku gi belakang umah plak..cabut rumput rampai n lalang2 serta semak samun yang dah menyerabutkan mata aku walaupun kawasan tu sekangkang kera cuma.

Habis another ahad..........

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino