Wednesday, January 31, 2007

HANGIT!!!!


Dalam kesamaran pagi hari, aku macam biasa keluar rumah sebelum pukul 7 pagi untuk ke tempat kerja sebab hari ni aku memang betul-betul ada kelas kol 8.30 pagi. Masa tiba di traffic light di persimpangan antara Sungai Buluh dan Shah Alam, aku jalan jelah macam biasa sebab lampu hijau. Aku memang bukan kaki pecut dan juga suka bagi signal kalau nak masuk simpang atau nak tukar lane. Bukannya apa, aku ni bukanlah manusia yang ada kuasa ajaib...yang bule transfer maklumat dari pikiran aku ke pikiran pemandu lain di sekeliling akukan.

Sebaik je dah masuk ke lane kanan lepas traffic light, kena masuk susur ke kiri..aku slow jelah sebab aku tengok kereta banyak sangat di depan tu. Lom sempat aku berangan, aku ternampak lampu brake ke-3 kereta depan menyala, pagi tadi plak ntah apa mimpinya aku bukak tingkap, selalunya aku bukak aircond. Aku dengar bunyi Skreeeeeeeeeetttttttttttttttttttt yang kuat dan terus hidung aku terbau hangit terbakar. Ermm...kereta depan aku yang dah memang dari awal memecut tu dah nak tersodok kereta depan dia yang brake agak mengejut.

Kering darah aku, berdetap detup jantung ni rasanya. Aku cuma sempat brake gak and jeling ke cermin pandang belakang tu dan berdoa agar kereta belakang aku tak memecut dan tak rapat sangat dengan kereta aku. Alhamdulillah kete belakang pun jauh gak dari kereta aku dan tak laju macam KERETA DEPAN tu...


Rupanya di lane sebelah kiri ada bas kilang rosak so semua driver dah tukar lane...ramai gak yang ingat diorang tu ada KUASA AJAIB nak transfer info otak diorang ke otak pemandu lain yang diorg tu nak tukar lane...haaaa...tulah jadinya..semua orang terkejut.

Lenkali..nak tukar lane KABOLAH DULU!! ===> bagi signal...!!!
Lenkali..kalau bawak kete pepagi..especially kalau bawak anak bini dalam tu..HATI2LAH SKET!!!
Lenkali..kalau nak race...PEGILAH KAT SEPANG sana!!!
Lenkali..janganlah buat aku terkejut tahap maksima just because you know HOW TO SPEED and others DON'T!! (like DEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)

Sekian, terima kasih.

Epel ijau yang dah bertukau warna jadi epel merah terbakau...

1 comments:

Anonymous said...

erk..dh jadi epel merah...huhuhu...cedap gak..rangup!

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino