Sunday, January 21, 2007

Demam and a cancelled flight...


Demam.
Aku memang dah lama tak demam yang teruk and tak kuar suara langsung.
Sampai je rumah ahad malam tu badan aku tetiba panas and esoknya tekak aku dah mula pedih and dah boleh imagine tonsil aku dah membengkak dan juga dah luka kawasan sekeliling tu.

Senin pagi.
Masih tahan kononnya. Tak nak gi klinik. Minum air banyak-banyak. Makan PCM. Makan antihistamine. Tekak makin sakit. Esok ada lecture 2 jam. Cemana ni. Petang tu aku gi buat muka kesian kat sifu...Dia yang offer suh aku balik rehat and offer gantikan kuliah tapi aku tak balik pun sebab kerja melambak-lambak. Sampai umah, aku terjelepok..memang tak larat maksimum. Hubby ajak gi klinik aku tak nak gak. Telan PCM yang ke 6 untuk hari tu. Tertidur dengan tak berapa lena...

Selasa pagi.

Sampai opis aku follow up tiket flight aku ke Penang esoknya. Tanya org kat admin opis. Buat muka sardin suh aku call zon kewangan yang uruskan tiket, cakap sendiri dengan kak Mala. Aku pun call. Kak Mala kata, borang belum sampai..WHAT????!!!!!?????????
Aku dah isi borang and dah sign PB hari Jumaat lagi. Paling lewat pun semalam le diorg nak hantar borang tu tapi...tak hantar lagi. Aku dahlah tak sihat, plan aku, gi opis pagi amik tiket pastu petang nak balik awal sket sebab nak gi klinik. Akhirnya, tiket aku sampai kol 5 petang. Itupun departure time tak dapat macam yang aku nak. So pegi kol 10.45 am and balik 6.45 pm ke Penang esoknya.

Balik tu aku terus singgah DEMC sebab dah tak larat dah nak tanggung demam ni.
Doktor tanya..bape hari demam? Aku kata since Sunday nite.
Doktor tanya..ade batuk? Belum ada tp sakit tekak
Doktor kata...your tonsil is a bit swolen.
Doktor kata...you have fever since sunday.. Aku kata sunday nite...
Doktor kata...ok..you should proceed to level 3, do blood test. Denggi kot ni.
Aku diam je and gi cari lif.
Dah amik darah, 10 minit pastu masuk balik bilik doktor. Aku tengok skrin dia. Pletlet aku normal je. Alhamdulillah. White blood cell increased. Zinnat for me for 5 days therapy. Ok. Aku akan cuba habiskan Zinnat tu. Balik tu suhu badan aku naik mendadak. Hubby jeram dengan air asam jawa. Habis bantal and tilam. Aku memang tak daya langsung nak bangun. Tiket flight ke apa ke..lantaklah. Esok decide nak gi Penang ke tak. Kalau tak pi..kena bayar denda tiket...isk isk isk..Badan masih belum berpeluh lagi. Aku tertidur selepas mandi dan solat isya.

Rabu..
Aku bangun pukul 6 pagi. Badan dah segar sikit tapi suhu masih tak turun, aku bgtau hubby aku nak gi gak Penang, tak de keje aku nak bayar tiket sampai 400 lebih tu kalau aku cancel ticket. kol 8.15am aku drive gi kampus cawangan yang letaknya 2 KM dari umah and letak kereta kat situ. tak lama pastu driver datang amik and hantar aku ke KLIA. Sampai KLIA, kepala aku berpinar-pinar and berdenyut-denyut. Sudah...cemana ni? Dahlah aku sorg2. Aku gagahkan diri gi ke PUSRAWI kat level 5 and amik ubat tahan sakit. Doktor nasihat suh amik breakfast and hot drink pastu makan ubat. Manalah nak gi..aku nampak McD and lepak situ makan bubur nasik ngan coffee sebelum aku makan ubat. Board the flight kol 10.30am. Dok tepi tingkap. Bila berlepas je kapal teghobang tu tetiba aku rasa panas..aik...berpeluh2 dah aku. Alhamdulillah..dah kebah demam aku. Sampai Penang, driver cawangan Penang plak dah tunggu. Sampai je kat kampus, aku dok discuss ngan kawan2 kat sana sesambil tunggu lecture aku pukul 3.45 pm. Dide called bagitau hubby cousin aku meninggal. Nasopharingeal cancer. DariNya kita datang..kepadaNya kita kembali. Sian cousin aku, anak kecik2 lagi.

Lecture tamat jam 5.15 pm and aku bergegas turun cari driver tadi balik utk hantar ke Bayan Lepas. Sampai airport 10 minutes to 6pm. Aku tahu mesti tak sempat dah nak makan. Nak masuk dah ke departure hall...tetiba ternampak screen tu tulis..MH1157 cancelled...Haaahhhhh???!!!!!!!! Cemana ni..dahlah aku dah checked in kat KLIA pagi tadi..Kacau..kacau...

Aku pun gi ke kaunter kat check in hall tu. Diarahkan plak ke standby counter. Kat situ dah ramai dah orang kerumun. Dekat 10 minit beratur, orang paling depan dlm barisan masih tak bergerak. Lama-lama aku gi terus ke depan tu sebab next flight kol 6.30 pm. Nak le aku catch that one instead of waiting for the one at 8.20pm. Boleh plak si penjaga kaunter tu tanya marah2. Napa semua datang sekali? Aikk...apa plak masalahnya. Dah flight kol 6.45pm..kebanyakan yang nak balik tu buat day trip..pagi tadi dah checked in kat KLIA lagi utk flight petang ni. Akhirnya lepas dilaser2 oleh aku dan 2,3 orang customer yang dah tak tahan sabar, kami dapat seats untuk flight 8.20pm. Dapatlah free food coupon. Aku pun menonong masuk departure hall and terus gi makan sesambil call driver yang patutnya tunggu aku kat KLIA kol 8 malam..dahlah bateri hp aku tinggal 1 bar je. Most of the time aku offkan aje hp aku.

Pas makan, aku solat jama' maghrib and isya. Pastu terus tunggu depan gate no 8. Dekat nak kol 8 pm aku tengok kat luar through the glass window kapal teghobang tak smp lagi. Ermm...lambatlah ni..8.20pm barulah boarded airbus tu. Dah nak gerak dah with all the annoucement tu, tetiba flight tu terhenti...Panas semacam plak tu. Pengumuman dibuat..ada kerosakan teknikal so this airbus will be toed to the departure point.. HMMMM....pelengkap hariku. Tadi cancelled ni rosak plak. Driver tunggu kat KLIA kol 9.30pm..tapi 9.40 barulah kerosakan technical tu dapat dibaiki and I was still in Penang.. huwaaarghhhhh. Punyalah panjang doa aku dan sepanjang nak berlepas tu aku berdoa dan berselawat tak berhenti. Jarang-jarang sekali aku berdebar nak naik kapal teghobang. 10.35 pm barulah selamat mendarat di KLIA. Aku on hp terus call driver..manalah tahu kot dia dah balik Shah Alam tanpa tunggu aku yang dah lewat 1 JAM...muahahah..kalau aku pun belum tentu aku tunggu. Alhamdulillah driver masih tunggu. Pas tu call hubby. Hubby pun dah risau sebab aku patutnya sampai KLIA kol 9.30 pm. Akhirnya aku sampai umah pukul 11.45 pm.

Pengalaman ni membuatkan aku terfikir sesuatu. Kadang-kala kita rasakan yang kita dah tak mampu nak hadapi tekanan dan juga keadaan sekeliling. Yet sometimes we were pushed to the limit...dengan izinNya kita masih ada keupayaan untuk mengharunginya. So..layak ke kita untuk complaint???


0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino