Tuesday, November 14, 2006

webbitttttt...webbbittt



Ahakss....terkejut? Geli-geleman? Cool jugak cik katak ni kan. Aku ada banyak gak cite berkaitan katak ni...

Cerita 1:
Masa kecik-kecik, dalam lingkungan umur 9 tahun, darjah 3 la kiranya, aku sekolah sesi petang sama dengan adik aku. Kami ni suke bergaduh, hobilah kot. Aku start baik dengan dia pun bila aku dok overseas setahun. Maybe sebab jarak..kami jadi rapat. Heran sungguh. Dekat kalu...gaduh juga...Jauh kalu...baik pula..ahakss...Anyway, kisahnya begini. Adik aku ni agak pemalas belajar dan hobinya bila balik sekolah ialah dia akan letakkan beg dia tepi tangga. Rumah kampung, tangga tu yang hubungkan ruang tamu dan bilik tidur dengan dapur. So belakang tangga tu ada bawah rumah yang jadi tempat simpanan barang/stor. Esok tengahari, adik akan amik beg dia dan terus bawak gi sekolah. Susun buku, ulangkaji pelajaran atau buat kerja sekolah memang dia tak berapa minatlah. Sampai je skolah tengahari tu macam biasa dia akan buka beg. Jeng jeng jeng...(ni ikut yg dia citekan pada aku waktu rehat tu sebab dia bengang dengan classmate dia sampai dia nangis...hihihihi)...melompat keluarlah seekor katak dari beg dia tu. Kengkawan dia memang gelak sakanlah. Dia ni terlampau terperanjat sampai terduduk tepi beg sekolah and ala-ala nak nangislah. Hihihihi...tulah kenangannya..sejak tu org gelar kan dia alikatak...hihihii...bukanlah nama dia mohd ali ke apa...cuma ali tu nama pangkal dia. Sekarang? Alikatak dah practise sebagai lawyer..Hihihi...berkat katak tu kot...hihihih...

Kisah 2:


Masa aku undergrad, kami memang selalu kena buat eksperimen melibatkan binatang. Aku plak memang geli geleman dengan binatang. Walaupun rabbit aku tetap geli. Ntahlah kenapa. Masa belajar sistem saraf dan otot, kami kena buat eksperimen guna katak..alahai...lemah semangat aku, tapi aku blagak macho. So amiklah seekor katak satu group. Aku ada lagi 3 orang kawan segroup yang tak kurang penakutnya dari aku. Served me right..padan muka aku. Katak tu kami suruh uncle lab assistant tu yang pengsankan dan baringkan atas papan bedah tu. Tapi apakan daya, rupanya dos yang diberi tak cukup utk mempengsankan katak tu..sedang aku nak ikat kaki dan tangan katak, ia telah bangun dan melepaskan diri.
"Mak...apak...ampun...takmo..." hahahaha..akulah yang jerit tu. Orang lain nak ketawa pun tak sempat sebab diorg pun takut jugak Sebab tulah kami semua ni tak apply nak jadi doktor kot. Ahakss...
Bila katak tu dah dipengsankan kali kedua, aku cepat-cepat pinkan kaki dan tangannya ke atas papan bedah dan pasangkan indicator untuk kesan sentakan pada otot dengan penambahan ubat yang nak tingkatkan aktiviti otot. Untuk buat tu kami kena koyakkan kulit katak tu di bahagian kaki. Entah camana timbul idea nakal dalam otak aku. Instead of buang kulit hanya pada bahagian kaki, aku kulitkan katak tu keliling belah atas perut and pangkal peha kedua-duanya, tapi aku tak tanggalkan kulit tu..biar je kat situ. Nampaklah katak tu mcm pakai seluar pendek...haahahah....aku punyalah seronok, kawan-kawan aku kata...epel..ko tak kesian ke kat katak tu. Aku buat muka sardin je. Aku geram sgt kat katak tu sebab dia menakutkan aku tadi. Pastu lecturer kami dtg round..dia tgk je katak kami yang dah siap pakai seluar tu. Dia ketawa..dia kata, tak pernah lagi saya jumpa student buat macam ni..hihihihi...bukannya apa..nak kurangkan rasa takut dan geli geleman aku tu je.

Tulah 2 kisah katak yang aku kenang dan ingat sampai sekarang.

0 comments:

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino