Friday, November 17, 2006

Nafas Cinta


Nafas Cinta..
Sebenarnya aku bukanlah peminat penyanyi lagu ni. Bila dengar lagu tanpa tengok dia beraksi ok, tapi bila tengok dia beraksi dengan aksi tendangan kuda dan sebagainya, aku jadi macam...ermm...aku tak berkenan le dengan aktiviti penyanyi ni masa dia buat persembahan. Bila aku dengar lagu ni, aku tak pk pun dia yang nyanyi, tapi lebih kepada Aisyah. Suara lembut beralun dan tak meneran. Hihihi. Maybe dia sesuai nyanyi genre asli macam ni kot. Ehhh ehhh ehh..napa plak aku buat posting komen artis plak ni. Hihihi..anyway. Ni lirik lagu tu. Enjoy le baca. Sambil aku nak testing nyanyi sorang-sorang.

Sebelum bintang ada sana
Menatap cahaya ...Jawablah pemuja
Jika benar kau cinta ...Tanpa berkerana

Bisikan la buat ku
Jika terbukti
Rindumu ....Lama ku menanti
Sabda rindumu kasih ...Membelai nurani
Biar sempat ku bermimpi ....Keindahan malam seri
(Korus)

Cinta bukan kata ....Rindu bukan madah
Dalam nafas ku tersimpan cahaya
Kalimah...
Cinta bersakti...Melamar hati...Yang suci
Kalimah....
Cinta berperi...Melanar kasih...Ke sisi
Kalimah...
Cinta sejati...Menguji diri...Di sini
Kalimah...
Cinta...Terpatri melayar...Hari insani
Redahkan gelora...
Cinta mendampar jiwa
Biarlah terasa...Dalam aman ceria
(Ulang korus)

1 comments:

aku on Saturday, November 18, 2006 at 9:08:00 AM GMT+8 said...

sumber dari utusan malaysia 18 november 2006

Siapa yang Misha peluk?

MISHA OMAR.

SEORANG kenalan lama Kak Tim menelefon bercerita tentang gelagat penyanyi manis yang sedang mencipta nama, Misha Omar kala membuat persembahan pada satu majlis sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2006, baru-baru ini.

Kata kawan Kak Tim itu, dia terkejut apabila Misha mengajak orang kuat sebuah syarikat produk antarabangsa yang terkenal, naik ke pentas dan kemudian berdansa dengannya selama kira-kira lima minit dengan disaksikan hampir 300 tetamu yang hadir. Begitu romantis sekali aksi mereka.

‘’Sebelum itu saya juga terkejut melihat Misha menyanyi sambil menari dengan menggoyang tubuhnya dalam keadaan begitu ghairah sekali.

‘’Bajunya yang singkat, terselak menampakkan pusat dan sebahagian perutnya. Saya terkejut melihat perubahan Misha yang selama ini saya kategorikan sebagai penyanyi lemah lembut dan bersopan,’’ kata kawan Kak Tim dengan nada kecewa.

Kak Tim tidak boleh komen sebab tidak berada di tempat tersebut pada malam itu. Mungkin Misha sengaja nak buat gimik atau memenuhi permintaan penganjur. Wallahualam.

Apa pun Kak Tim percaya, Misha cuba mencari perubahan pada persembahannya itu. Maklum pentas itu tidak sama seperti pentas-pentas persembahan lain. Penonton pentas minggu fesyen itu bertaraf antarabangsa.

Cuma nasihat Kak Tim untuk Misha, jangan buat perubahan yang drastik. Takut ramai yang terkejut. Boleh berubah tapi jangan lari daripada akar umbi. Orang popular macam Misha sentiasa diperhatikan. Jangan kerana hendak global punya pasal, nama terjejas.

Seronoknya kata kawan Kak Tim itu lagi, setelah selesai berdansa dengan lelaki itu, Misha sempat berpesan, “Don’t tell my mom.”

KAK TIM: Suka tengok rambut baru penyanyi lagu Nafas Cahaya yang tengah meletup itu.

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino