Friday, November 24, 2006

GARUDA KE? TAKLAH...REPLIKA KECIK JE...


Well..well..well...
Dah minggu terakhir bulan November.
Banyak sungguh kejadian yang berlaku tahun ni. Bila difikir-fikirkan balik, macam tak caya pun ada gak. Lagi 2 minggu juga ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Banyak suka-duka pahir getir yang kami lalui. Biasalah. Padaku, dugaan dan ujian tu semua adalah tarbiah jiwa yang berterusan untuk menjadikan kami dan manusia lain di sekeliling kami lebih kuat dan tabah.
Aku pun naik hairan dengan orang yang suka sangat nak campur hal rumahtangga orang. Dikatakan suami aku ada hubungan cinta dengan kawan baik dia pulak. Errmm...aku heran, sebabnya, aku kenal dengan wanita yang dimaksudkan tu dan aku maklum sangat apa yang terjadi sedari awal persahabatan mereka dahulu. Malahan suaminya pun kami kenal. Biasalahkan, mulut manusia tambahan pulak bila tidak disertai akal yang waras dan mampu untuk menaakul masalah dan situasi. Bila diduga begini, tanggungjawab aku sebagai isteri padaku adalah untuk mempertahankan maruah suamiku sekaligus maruahku dan maruah keluarga kami. Memang aku marah semalam dan aku rasa aku berhak marah dan menuntut penjelasan dan menuntut si pembuat cerita dongeng tu menarik balik tuduhannya. Biarlah aku dilabel sebagai kurang ajar kerana padaku, walaupun aku JAUH lebih muda dari si pembuat cerita dan fitnah, tetapi aku tidak tergamak untuk memporak-perandakan rumahtangga orang. Apa yang aku lakukan ialah mempertahankan maruah suami aku.
Suami aku bukannya orang kurang bijak, malahan kemampuan akalnya tidak aku nafikan malahan aku kagumi.
Biarlah manusia-manusia itu memfitnah sesuka hati mak bapak diorang. Silakanlah. Apabila penat nanti pasti mereka berhenti. Akan tetapi ingatlah. There's a price that you have to pay for everything that you do. Aku tak tahulah plak mahal ke murah harganya nanti, namun aku berdoa dan berharap agar hati-hati kami kukuh dan tabah menghadapinya. Syukur padanya, walaupun fitnah melanda, aku menten je, tido nyenyak jugak malam tadi. Kuang kuang kuang. Alhamdulillah.
Aku redha dengan ujian ini. Semoga kasih sayang kami akan kekal berpanjangan sehingga ke akhirnya.
Kepada pembuat fitnah, sesungguhnya, dosa memfitnah itu adalah lebih besar dari dosa membunuh. Biarlah apapun mereka kata, kerana kalau kami tak cukup duit pun setiap bulan ...BUKAN AKU MINTAK DUIT KORANG....JANGANLAH JADI KURANG BIJAK SANGAT. Muahahahahahahhahaha....Kerana aku yakin, janji Allah benar belaka. Pusingkanlah cerita ikut belok dan simpang mana sekalipun, aku dan suami tak rugi apa-apa.

2 comments:

baiksss on Sunday, November 26, 2006 at 5:42:00 AM GMT+8 said...

erm,dok stadi sy mengantuk pulak.jadi,rayau2 la.mula2 gi umah ks.tgk ks dah tido,conteng2 sket.gi umah kak cahaya,kak cahaya pun dah tido,sy conteng2 sket dinding umah dia.pastu rayau terus dtg umah kak am.nak conteng byk2.hehe.

tak berkesempatan nak baca byk2 kat umah kak am ni.maklumlah,start isnin ni ada pharm test pasal TCA,SSRI semua2 tulah.pastu byk lagi tests yg akan dtg smp krismas ni.huwaaaaa

eh,sebenarnya nak komen,bukan nak luah perasaan ni.hihi

apapun,sy nak ucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke berapa yer,pada kak am dan abg shaffe.lagi 2 minggu yer? tahniah.sy harapkan yg terbaik,semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat,insyaAllah.

mengenai isu yg kak am ceritakan ni,rasa kelakar pulak kan.macam2 orang ni.bila pikir2 balik,sakit hati la jugak.sakit jiwaaaa.ahahaha.tapi takperlah,perkara dah lepas tu,sudahlah.kalau kita benar,buat apa nak takut,yer tak kak am? :-) menten kak am menten.kita kena cool.taleh gelabah2.hihi

huhuh.pjg dah sy merepek,kena sambung stadi.pening ngapal nama pelik2 ni.adeiilaaa..makk nak balikkkk

Nor Ramli on Sunday, November 26, 2006 at 9:54:00 PM GMT+8 said...

hihihi...thanks fida. Approaching christmas memang menakutkan. Kak Am dulu, pas kismes exam besau...uwaa...takutnya..
Pasal isu tu..hahaha..skrg dah lega..lantak diorglah nak tuduh apapun. Yang herannya diorg lebih tau apa yg terjadi berbanding dgn tuan punya badan...hahahah hampeh..
mekasih for the wishes. Ulangtahun kedua.
Goodluck for ur test yer. Kak am sdg sibuk marking kertas exam ni...

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino