Tuesday, November 07, 2006

13 Syawal 1427...Part 2...


Lepas dah makan-makan tu, kami pun siapkan semuanya dan ada meeting ringkas. Lepas solat asar, dalam hujan yang tiba-tiba lebat turunnya, kami pun gerak menuju ke satu destinasi- Bandar Rinching, Semenyih. Aku sebenarnya tatau sangat tempat tu kat mana, tapi mcm biasalah, aku dan hubby memang dah biasa cuma ada alamat tp tatau jalan, kami teka-teka je jalan hala ke kawasan tu. Kebetulan G memang dok Kajang and nani memang dah penah pi so kami ikut jelah diorg.

Bermulalah perjalanan kami, hahahah..nak cari jalan masuk Federal Highway pun dah sekilo langsat kami telan..Dah jumpa tu terus lah menghala ke Lebuhraya KL-Seremban, mujur guna TnG, kalau tak...aduhaaiiiii...panjangnya barisan....tapi aku memang hangen ngan sikap segelintir pemandu, aku pedulik apa kalau ko bawak kete kebal sekalipun...berbaris le!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dush!! Dush!! Dush!!...Potong barisan sesuka hati, dalam dunia ni...memang ko je yang nak cepat, kami yang berbaris ni sume tak nak cepat...silakan ...silakan...gi laah potong...hahahah...sakit ati weii...panjang kami berbaris tetiba ada je yang nak buat dajal tunjuk skil cilok sana sini...

Kuar kat exit Kajang dan sehinggalah ke simpang masuk Bandar Rinching, aku disajikan dan menyajikan pesta lampu brek..wahh...akhirnya smp gak kat Bandar Rinching ye.

Masuk kuar simpang, akhirnya sampailah kami ke destinasinya-Umah KS. Hujan mencurah-curah juga waktu kami tiba. Hujan rahmat mudah-mudahan, moga Allah memberkati ziarah kami kali ni..ameen.

Berbunga hati melihat wajah mesra Kak Ain yang menyambut ketibaan kami dan dari daun tingkap yang separuh terbuka, nampaklah sudah wajah KS yang selama ni kami tatap di dalam blog aje..chewahhh...


Terasa dekat dan rapat di hati dengan Kak Ain and KS. Kenapa? Aku pun tatau..mungkin kerana kami sama-sama mengerti dugaan dan ujian yang diberi dan dilalui. Sama-sama mengerti kesukaran dan keindahan dalam meneruskan perjuangan hidup ini. Aku perati sekeliling kawasan KS berkarya setiap hari..terasa sayu dan pilu tapi mcm biasalah...kontrol macho...hehehehe...

Suamiku kulihat sangat tersentuh dan beberapa kali matanya tergenang air. Dalam hatiku berkata, mungkin dia teringat dirinya ketika mula-mula ditimpa musibah hampir 20 tahun yang lalu. Yelah, hanya yang melalui akan mengerti dan memahami.

Sudah-sudahlah kisah sayu dan sedih ni...makan time. Memang sedap mee bandung yang Kak Ain masak. Suamiku biasanya susah nak makan mee berkuah ni. Tapi laju suapannya walaupun berkongsi pinggan denganku. Hahahahah...siap tambah tu. Sodap bona.

Siang merangkak pergi dan malam pun menjelmakan diri. Kukira semuanya berat hati untuk melangkah keluar dari kediaman KS. Janjiku pada diri sendiri, insyaAllah, kami akan ke sini lagi.

Ucapan ringkas dari Nani, suamiku dan Kak Ain sebagai penutup bicara, apalah ko Nani!! tu pun nak nangis. Hmm...aku pun sebak tapi control..hihihi...Dalam kereta, kami semua senyap tanpa kata. Hafiz pun dah lena. Melayan perasaan sendiri.

Ucapan khas buat semua yang sama-sama menjayakan majlis get together ahad lepas:
Sesungguhnya pertemuan itu sangat membahagiakan kerana tiada siapa yang peduli kekurangan dan kesusahan yang dilalui.
To KS, Kak Ain and Fiqah- terima kasih sudi menerima kunjungan kami.
To Kak Awwa, Abang Fazell and Hafiz - terima kasih sudi bersama kami dan meraikan kami
To Kak Lia - your support and determination are very much appreciated. Doa kami mengiringi kak Lia and keluarga.
To Nani - thanks for the friendship, biarlah apa orang nak kata pun...sebabnya, kita sendiri tahu apa yang berlaku...semoga kita sama-sama boleh hasilkan satu penyelidikan yang meletup nanti...hihihi...bukan buat bom tau... :p
To Adik-adik: Ida, Shima and Shada- Thanks a lot for everything, may Allah eases the path for your success. InsyaAllah...ameen

-Semoga Allah memberkati kita semua-

-p/s: sorrylah ye sbb aku ni kalau bahasa yang berterabut tu oklah jugak tapi bila nak susun ayat yang canggih ni memang tunggang langgang. But I don't feel stupid when I speak Malay...hahahahahahahahhaha

2 comments:

Anonymous said...

:P hehe epelijau.. yang peliknya ada orang lain lak jeles dari isteri sendiri tu yang musykil musykil ...

hmmm tula malas nak bagi bagi ucapan nih.... sib baikks taknampak keshi nangis kuan kuang kuang

Anonymous said...

:P hehe epelijau.. yang peliknya ada orang lain lak jeles dari isteri sendiri tu yang musykil musykil ...

hmmm tula malas nak bagi bagi ucapan nih.... sib baik ks taknampak keshi nangis kuan kuang kuang

 

Catatan Suka Duka Gembira Derita Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino